Dari terpinggir, cuba dimartabatkan, ditentang keras oleh sebilangan masyarakat, dan akhirnya tulisan jawi bakal dimartabatkan semula dalam konsep yang baharu. Percaya atau tidak, Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi di Malaysia. Begitulah pengumuman yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof baru-baru ini.

Bagi mereka yang terus memperjuangkan tulisan jawi, ini merupakan kemenangan kedua yang perlu diraikan, setelah pemartabatan tulisan jawi dikuatkuasakan di negeri Johor bagi hal ehwal agama Islam.

Sumber: Ismaweb

Langkah Perkasa Tulisan Jawi

Memetik laporan Sinar Harian, langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu usaha untuk memperkasakan tulisan jawi dalam kalangan rakyat Malaysia. Langkah ini dilaksanakan setelah pengenalan tulisan jawi dalam sistem pendidikan dibantah keras oleh beberapa pihak.

Tidak seperti isu-isu lain yang datang dan pergi, isu tulisan jawi mempunyai sentimentalnya tersendiri. Ini kerana polemik isu tulisan jawi terus diperkatakan hari demi hari meskipun kemelut sudah sebulan berlalu.

Sehinggakan kempen boikot barangan bukan muslim yang digerakkan ketika ini juga merupakan rentetan kemelut tulisan jawi yang tidak berkesudahan.  

Teguran Dari Raja-Raja Melayu

Kemelut tulisan jawi pernah ditegur oleh raja-raja Melayu. Antaranya ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam titah yang disampaikan sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, baginda menzahirkan keresahan terhadap sebilangan masyarakat yang menolak tulisan jawi. Tindakan seumpama itu akan menjejaskan usaha menyemarakkan tulisan jawi di Malaysia.

Justeru baginda mahu program-program tulisan jawi dan khat terus diperkasakan di peringkat negeri. Dalam masa yang sama baginda mahu program-program berkaitan tulisan jawi menjadi dasar kerajaan negeri.

Jawi Bukan Ancaman

Tetapi cabaran terbesar ialah untuk menggarap semua pihak bersatu hati dalam soal tulisan jawi. Langkah ini bukan mudah memandangkan masih ada segelintir pihak yang bersikap prejudis dengan menganggap pengenalan tulisan jawi sebagai proses islamisasi.

Sumber: Malaysian Update

Mungkin faktor penggunaannya yang masih dikekalkan dalam hal-hal pentadbiran Islam menyebabkan ia dipandang sebagai hal-hal eksklusif agama Islam.

Yang pasti tulisan jawi bukanlah proses islamisasi kerana telah digunakan secara meluas oleh semua kaum dalam penulisan-penulisan sewaktu ketika dahulu.  

Iktibar dan Pengajaran

Ternyata perjuangan mempertahankan tulisan jawi dalam dekad kini bukanlah suatu tugas yang mudah. Tentangan hebat yang dilakukan hanya berpaksikan sentimen dan politik, bukan pandangan akademik.  

Semua pihak harus ambil iktibar khususnya pada golongan-golongan yang menentang pengenalan tulisan jawi. Anda membantah dengan sentimen, anda dibalas dengan kempen boikot barangan dari orang ramai. Kempen yang digerakkan tersebut semakin hari semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna media sosial.

Sumber: Utusan

Tentunya ini merupakan impak yang sangat terkesan. Tetapi itu sajalah caranya untuk mengajar supaya golongan ini tidak angkuh dan sombong dengan menolak warisan negara secara total tanpa pertimbangan yang munasabah.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pandangan anda tentang langkah ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN