Baru-baru ini, kita sudah menyaksikan kekalahan pasukan Harimau Malaya menentang Singapura dalam aksi perlawanan Piala AirMarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber: FB FAM

Bukan sahaja kecewa dengan kekalahan 1-0 di laman sendiri, tetapi dikejutkan pula dengan suasana yang lenggang tidak dikunjungi penyokong Ultras Malaya dalam perlawanan tersebut.

Suasana Stadium Sendu

Perlawanan tersebut menyaksikan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sendu dan suram tanpa sorakan dan nyanyian daripada penyokong tegar Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya. 

sumber: harian metro

Selain itu, tempat duduk di dalam stadium masih tidak penuh dan banyak kekosongan walaupun sudah jam 8:30 malam seterusnya jelas ia memberi tamparan yang hebat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ProEvents selaku penganjur.

Jika sebelum ini, separuh tempat duduk sudah dipenuhi oleh penyokong Harimau Malaya sebelum perlawanan bermula namun berbeza untuk perlawanan ini.

 

Harga tiket melampau

Wakil Ultras Malaya, Alfadli Awaludin atau lebih dikenali sebagai Rambo mempertikaikan kewajaran harga tiket perlawanan Piala AirMarine yang berharga RM35 sedangkan setiap aksi persahabatan antarabangsa kelas A sebelum ini hanyalah berharga RM20. 

sumber: twitter FA Selangor

Menyifatkan harga tiket bernilai RM35 yang dikenakan untuk menyaksikan perlawanan tersebut terlalu mahal, kumpulan penyokong Ultras Malaya bertindak untuk memboikot kejohanan empat penjuru itu. 

sumber: proticket.com

Orang ramai juga mempertikaikan harga yang mahal dan jika membeli tiket secara atas talian, cas tambahan sebanyak RM10 dikenakan dan menjadikan harga tiket tersebut RM45.  

Ultras Malaya Boikot Perlawanan

Pihak Ultras Malaya dalam laman Facebook dan Twitter rasminya menyatakan bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan pihak tertentu. 

Mereka menyatakan bahawa perkara tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusof Mahadi di mana skuad Harimau Malaya akan dieksploitasi dalam kejohanan Piala AirMarine dalam satu sidang media yang telah dibuat. 

sumber: twitter Ultras Malaya

Tambahnya, kejohanan tersebut dicipta untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas semangat penyokong yang inginkan ranking FIFA skuad kebangsaan meningkat. 

sumber: twitter Ultras Malaya

Di akhir kenyataan rasmi Ultras Malaya itu, mereka tetap berpenderian teguh tetap untuk tidak menyokong dan tidak akan memberikan satu sen kepada mereka yang cuba mengeksploitasi skuad Harimau Malaya, walaupun diberi tiket percuma sekalipun.

FAM Menafikan Tuduhan

Ekoran dari kenyataan daripada pihak Ultras Malaya, pihak FAM tampil memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa harga tiket yang dikenakan itu adalah untuk menanggung kos penganjuran.

Selain itu, FAM berkata dari sudut komersial, pihaknya perlu memaksimumkan nilai skuad kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan supaya dapat disalurkan semula dalam bentuk pembangunan.

ProEvents sebagai promoter mengambil risiko dalam menganjurkan kejohanan dengan mencari sumber sendiri dan menganggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga pasukan luar negara ke Kuala Lumpur.

Terus Sokong Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru semua pihak untuk terus menyokong skuad Harimau Malaya.

Walaupun beliau sedia maklum dengan harga tiket dan pihak Ultras Malaya mahu memboikot perlawanan berkenaan, namun beliau tetap ingin semua penyokong memberikan sokongan.

sumber: instagram Syed Saddiq

Dalam perlawanan tersebut, beliau kelihatan hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam menentang Singapura dan dalam laman Instagramnya, beliau menyatakan ‘ketiadaan Ultras Malaya jelas dirasai, We miss them’. 

Katanya lagi, jika mana-mana pihak terutamanya Ultras Malaya yang ingin berjumpa, pejabatnya sentiasa terbuka dan beliau akan cuba mencari jalan penyelesaian.

Pasukan penyokong Ultras Malaya walaubagaimanapun tidak berhenti dalam mempromosikan perlawanan yang akan datang dan mengajak semua penyokong untuk turun ke stadium bagi perlawanan kelayakan AFC bawah 23. 

sumber: twitter Ultras Malaya

Perlawanan skuad bawah 23 dijadualkan akan bertemu Filipina pada 22 Mac, Laos pada 24 Mac dan China PR pada 26 Mac di Stadium Shah Alam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar untuk menyalahkan penyokong kerana mengalami kekalahan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN