Kuantan dijangka akan mula mewujudkan hari tanpa kenderaan minggu kedua setiap bulan bermula pada bulan hadapan. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memaklumkan, program tersebut bakal bermula pada 16 Mac depan membabitkan tiga jalan utama iaitu Jalan Tanah Putih, Jalan Mahkota dan Jalan Besar bermula di Dataran Kuantan berhampiran Ibu Pejabat MPK.

Sumber: Berita Harian

Setiausaha MPK, Datuk Hamiza Hamzah berkata, usaha yang dilakukan tersebut merupakan inisiatif pihaknya ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

Program Rintis Di Pantai Timur

Pelaksanaan projek ini bakal merintis bandar-bandar lain di Pantai Timur setelah menjadi satu kempen penjagaan alam sekitar di sekitar Lembah Klang.

Shah Alam dan Ampang merupakan antara bandar yang menggerakkan kempen Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad kedua setiap bulan dalam usaha melestarikan alam sekitar. Manakala di Putrajaya, program Hari Tanpa Kenderaan diadakan pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan.

Program yang bakal dianjurkan ini mendapat kerjasama dari agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daerah Kuantan. Tiga laluan tersebut akan ditutup dalam tempoh tiga jam iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Selama tiga jam tempoh kempen tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti riadah.

Tidak Menggangu Urusan Perniagaan

Pelaksanaan program ini tidak akan mengganggu urusan premis perniagaan kerana diadakan pada hari minggu dan hanya memperuntukkan selama tiga jam sahaja di awal pagi.

Sumber: Kosmo

Sementara itu, pelaksanaan Hari Tanpa Kenderaan di sekitar Lembah Klang khususnya Shah Alam mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pelbagai program yang dianjurkan seakan menjadi rutin bulanan yang wajar diikuti. Dapat dilihat pelbagai aktiviti rekreasi berjaya dianjurkan sepanjang waktu kempen tersebut seperti berbasikal, larian amal dan sebagainya.

Pendapat Netizen

Sungguhpun begitu, terdapat suara-suara sinis dalam kalangan netizen yang mengecam pelaksanaan kempen tersebut. Ada yang beranggapan kempen tersebut mengganggu tugas harian penduduk. Ada yang menganggap usaha tersebut merupakan satu langkah  mengarut dan ada juga yang berpendapat isu bauksit perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Sumber: Facebook

Namun tidak menjadi kerisauan kerana, masih ada di kalangan netizen yang menyokong usaha pelaksanaan Hari Tanpa Kenderaan.

Jesteru, kempen ini perlu diadakan penerangan dalam kalangan masyarakat setempat supaya mereka memahami objektif pelaksanaan dasar ini memandangkan program ini belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh.

Sumber: Harian Metro

Mural Tarikkan Pelancong

Selain Hari Tanpa Kenderaan, MPK turut sama mewujudkan pelbagai program untuk menarik minat pelancong ke daerah Kuantan. 

Antaranya ialah perancangan untuk menambah lagi kawasan mural di Jalan Mahkota dan Jalan Besar. Mural yang akan didirikan akan bertemakan tokoh dan pembesar Pahang supaya pelancong dapat mengenali keistimewaan Kuantan dan juga Pahang secara amnya.

Diharapkan agar usaha pemerkasaan alam sekitar yang dilakukan oleh pihak MPK disokong oleh penduduk setempat. Semoga ia dapat menanamkan kesedaran berhubung penjagaan alam sekitar di sekitar Kuantan. Pelaksanaan ini merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan pelepasan karbon monoksida, asap kenderaan dan racun lain yang ada pada kenderaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah program seumpama ini wajib diadakan di setiap bandar utama?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN