Makanan pedas sememangnya digemari ramai terutamanya masyarakat Asia. Asia ini terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura yang suka sangat makanan pedas.

Sumber:makassar.terkini.id

Dan sudah menjadi kebiasaan bagi orang Malaysia sendiri, kalau tak ada masakan pedas memang tak sah! Pendek kata, kalau tak pedas tak berselera makan.

Tetapi tahukah anda, pengambilan makanan pedas boleh berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.

Sel Otak Boleh Mati Atau Demensia

Bayangkan kalau hari-hari anda mengamalkan pemakanan yang berasakan cili dan pengambilan yang berlebihan, anda berisiko untuk menjadi pelupa.

Sumber:Donna

Menurut jurnal Nutrients, satu kajian melibatkan lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan sebanyak 50 gram cili sehari, mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia.

Pengambilan cili yang berlebihan sepanjang lebih 15 tahun juga dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.

Penurunan daya ingatan ini lebih signifikan kepada penggemar cili yang bertubuh kurus.

Boleh Turun Berat Badan

Tetapi kajian yang sama juga dilakukan oleh mereka sebelum ini bahawa pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.

Namun, kajian kali ini menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia.

Sumber:Astro Awani

Adakah kajian ini benar-benar sah atau semata-mata kajian sahaja? Tetapi ia membimbangkan mereka yang gemar ambil makanan yang pedas.

Hanya Kajian Awal

Dr Zumin Shi yang bertanggungjawab dalam kajian tersebut berkata, ia hanyalah kajian awal dan penggemar cili tidak perlu bimbang atau berhenti daripada mengambil makanan pedas.

Sementara itu, Dr Clare Walton, pengurus penyelidikan Alzheimer’s Society berkata, kajian tersebut tidak memberikan bukti konklusif bahawa pengambilan makanan pedas mampu meningkatkan risiko demensia.

Sumber:Posmetro Padang

Kajian ini hanya melihat hasil ujian memori dan matematik. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubung kait antara cili dan demensia.

Tetapi buat masa sekarang penggemar makanan pedas tak perlu bimbang, makanlah seberapa banyak cili yang anda mahu.

Makan Pedas Hampir Hidap Kanser

Bagaimanapun, setiap orang ada tahap kepedasan mereka sendiri. Tetapi tidak pada seorang gadis yang bernama Jia Shamsuri yang berkongsi hidupnya selepas 10 tahun mengamalkan makan pedas.

Sumber:ohbulan

Dan paling malang, akhirnya dia menderita tahap pertama Barret’s Esophagus yang boleh membawa kepada kanser.

Wanita ini amat terkejut apa yang terjadi kepada dirinya dan tidak menyangka akan mendapat penyakit begitu kesan daripada makan pedas selepas 10 tahun.

Asid Perut Bertambah

Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

Sumber:Daily Rakyat

Makanan pedas juga meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.

Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.

Secara asasnya kedua-dua minuman ini boleh meneutralkan rasa pedas atau asid yang berlebihan dalam perut anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya kajian bahawa makan pedas boleh buat anda demensia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN