Minggu lalu, terdapat beberapa pemain industri yang tidak didedahkan namanya mendakwa mereka menerima pekeliling daripada syarikat simen tempatan yang memaklumkan untuk menaikkan harga simen dan konkrit campur menjelang pertengahan Jun.

Dilaporkan, kenaikan mendadak harga simen di pasaran ketika ini yang mencecah antara 40 hingga 50 peratus.

Dalam laporan EdgeProp.my turut menyatakan sekiranya salah satu syarikat menaikkan harga, selebihnya akan ikut serta.

Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kepada syarikat pemaju kerana kenaikkan tersebut akan memberi kesan buruk khususnya kepada sektor pembinaan.

 

Kenaikan harga simen akan bebankan kontraktor

 

Persatuan kontraktor Bumiputera mendakwa projek kerajaan akan terlebih dahulu menerima kesan buruk sekiranya kenaikan mendadak harga simen yang memaksa mereka menangguhkan projek.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Azman Yusoff berkata,  keadaan ini akan mengakibatkan kerugian yang besar.

Jelasnya, kontraktor Bumiputera umumnya bergantung pada kontrak berharga tetap kerajaan bagi membina sekolah, hospital, klinik kesihatan, balai polis serta balai bomba.

Sumber: Senireka.com.my

Malah, Setiausaha agung persatuan, Jamaudin Non berkata, kontraktor Bumiputera berskala kecil akan teruk terbeban kerana mereka kerap membeli runcit bekalan simen yang digunakan, bukan konkrit “ready mix” secara pukal.

Harga simen juga akan memberi kesan ke atas margin. Sekiranya tender masuk , margin keuntungan yang diperolehi kontraktor kecil sangat rendah, hanya dalam 3 hingga 5% sahaja. 

Oleh itu, Persatuan desak campur tangan segera kerajaan dengan menggesa diadakan perbincangan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kewangan.

 

Apa Alasan Mereka?

 

Syarikat pengeluar simen terbesar di Malaysia digesa memberi alasan susulan tindakan mereka menaikkan harga barangan itu antara 40 hingga 50 peratus di seluruh negara.

Sumber:: Malaymail

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Kenaikan harga terbabit turut mengakibatkan kesan rantaian kepada pelbagai industri lain, khususnya syarikat pemaju perumahan.

Adakah kenaikan ini berpunca daripada impak monopoli apabila syarikat besar mengawal peratus yang tinggi pasaran simen negara?

Kebimbangan itu  berasas memandangkan tidak ada sebab munasabah bagi kenaikan harga simen tersebut berikutan pengukuhan ringgit ketika ini selain penghasilan simen berkenaan juga menggunakan sumber tempatan.

Sumber:: Google

Tindakan ini dilihat hanya memberi keuntungan besar kepada satu atau dua syarikat, sebaliknya memusnahkan lebih banyak industri dan ekonomi negara.

 

 

 

Pemain Industri Dipanggil Bincang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna maklum mengenai masalah ini. Kementerian akan memanggil pemain industri simen untuk bermesyuarat susulan cadangan mereka untuk menaikkan bahan pembinaan itu.

Sumber: Malaymail

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pihak kementerian mahu mendengar dan berbincang berhubung cadangan itu dan mendengar sendiri alasan mereka.

Jelas Saifuddin, kementeriannya setakat ini belum meluluskan sebarang kenaikan harga bahan berkenaan dan keputusan hanya akan dibuat selepa mesyuarat itu.

Saifuddin mengingatkan bahawa kementerian boleh menyiasat pihak industri di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya mereka mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

 

Harga Simen Naik, Harga Rumah Naik

Kenaikkan harga simen ini juga akan memberi kesan kepada masyarakat apabila harga rumah akan turut meningkat.

Ia menimbulkan kegelisahan terutama bagi membina rumah kos rendah atau mampu milik.

Sumber: Gila Hartanah

Bagaimana kerajaan ingin menampung situasi tersebut dan adakah akan berlakunya kenaikan harga bagi rumah mampu milik selepas ini?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi respon berhubung isu ini. Katanya kenaikkan harga rumah akan berlaku disebabkan simen merupakan bahan asas yang utama kepada projek-projek pembinaan.

Bukan itu sahaja katanya, keadaan ini juga bakal memberi impak kepada sosioekonomi negara kerana kesannya turut dihadapi oleh rakyat.

Selain itu, kos sara hidup rakyat juga secara tidak langsung yang akan menerima impak.

Jesteru, kerajaan Pakatan Harapan seharusnya menggunakan Akta Persaingan 2010 sekiranya perkara ini berpunca daripada tangan-tangan ghaib untuk mendapatkan kuasa monopoli.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah harga rumah akan semakin melambung dengan kenaikkan harga simen?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN