Satu perkongsian di laman Facebook menjadi tular apabila mempamerkan harga serai bernilai lebih RM1700 di sebuah pasaraya.

Sumber: FB Fahmi Jamil

Pemilik laman Facebook, Fahmi Jamil terkejut apabila keseluruhan bil untuk barangan dapurnya itu bernilai hampir RM1900.

Sebelum membuat pembayaran, juruwang juga terkejut dengan jumlah barangan tersebut dan menyemak semula bil berkenaan yang dianggap tidak munasabah dengan barangan yang dibeli Jamil itu.

Serai Harga Lebih RM1700?

Bagaimanapun, selepas menyemak jumlah yang tidak masuk akal itu, juruwang tersebut telah memanggil staf pasaraya Tesco untuk menyemak harga sebenar serai yang dibeli.

Sumber: FB Fahmi Jamil

Ternyata, serai berkenaan hanyalah berharga 0.45 sen sahaja dan bukannya berharga RM1746.36 seperti yang tertera di dalam bil berkenaan.

Berlaku kesilapan teknikal berhubung kod bar yang digunakan terhadap harga serai berkenaan. Nasib baik kedua-dua pihak menyemak terlebih dahulu harga berkenaan, kalau tidak melepaslah RM1900 untuk serai yang harga macam beli sebuah beg tangan berjenama.

“Kesilapan Biasa Yang Berlaku Dimana-Mana Pasaraya Pun”-Pekerja

Rata-rata yang ambil maklum perkara itu menyatakan bahawa ini kesilapan yang biasa berlaku dimana-mana pasaraya sekalipun.

Sumber:rfidroundup.blogspot.com

Pekerja terpaksa masukkan nombor di kod bar untuk beribu-ribu barang setiap kali pasaraya menambah barangan mereka. Dan mereka dikatakan kena siapkan kod bar itu dengan segera.

Jadi, mungkin berlaku satu atau dua kesilapan pada barangan yang dijual. Sebab itu, kadang-kadang pembeli kena juga semak sendiri terlebih dahulu barangan yang mereka beli di tempat scan barangan yang disediakan.

“Kalau Kena Dekat Orang Tua, Habislah..”-Netizen

Bagaimanapun, netizen beranggapan kesilapan sebegini tidak boleh berlaku terutama di pasaraya yang besar, yang mempunyai ramai pekerja. Mereka harus sentiasa memantau masalah ini.

Netizen bimbang jika pembeli dalam kalangan orang tua yang tidak tahu menyemak harga barangan yang dibeli. Sampai sahaja kaunter, boleh pengsan orang tua itu kalau harga barangan dapur sampai RM1900 ini.

Ini akan menyusahkan mereka dan pelanggan-pelanggan yang lain. Kadang-kadang ada juga kes juruwang scan barangan yang sama lebih daripada satu kali. Siapa yang nak bayar kalau bukan pelanggan.

Sumber:twitter.com

Kadang-kadang nak cepat sebab orang belakang dah ramai beratur, sampai di kereta sahaja baru semak bayaran tadi dan memang ada pun barangan di scan lebih daripada sekali.

Walau apa pun, tanggungjawab begini rasanya kedua-dua pihak perlu main peranan terutama juruwang dan juga pelanggan. Semaklah terlebih dahulu barangan yang anda beli.

Jadilah pengguna yang bijak dalam berbelanja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN