Melihat kepada janji serta komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan had harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter berbanding paras RM2.20 seliter sebelum ini.

Had siling harga petrol RON95 itu tidak akan melepasi paras tersebut meskipun harga minyak dunia meningkat ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

Pengumuman baik yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu disambut baik netizen di media sosial yang mana langkah tersebut dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk melindungi kepentingan golongan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) secara keseluruhannya.

Tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan keputusan yang dilihat ‘sementara’ dan bukannya tetap memandangkan kerajaan kini masih lagi mengkaji harga minyak setiap minggu sehingga sistem subsidi bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

 

Pendekatan Yang Dilakukan PH

Isu mengenai harga minyak inu boleh dikatakan isu sensitif buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Sebelum ini, kerajaan pernah melaksana harga minyak petrol dan diesel secara mingguan bermula Mac 2017, dan telah diganti dengan penetapan harga minyak secara bulanan yang mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) bermula Jun 2018.

Sumber: Utusan Borneo Online

Malah, jika sebelum ini harga RON95 dan diesel diberika subsidi manakala RON97 ditetapkan berdasarkan pada harga pasaran semasa dan disemak secara bulanan bermula September 2018.

Kini bermula 1 Januari 2019, harga jualan runcit petrol dilihat dikembalikan secara mingguan menggunakan sistem ‘weekly managed float system’.

Hal itu berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini yang mana pengguna boleh menikmati perubahan harga petrol selari dengan perubahan pasaran minyak dunia.

Sumber: CNN Indonesia

Sebagai contoh, sekiranya harga minyak dunia menurun, harga runcit juga akan diturunkan setiap minggu.

Malah, sekiranya harga minyak naik, harga petrol akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter. 

Kini, had harga runcit petrol RON95 dikekalkan pada paras RM2.08 seliter yang sememangnya merupakan satu berita baik buat rakyat. 

 

Komited Kurangkan Beban Sara Hidup Rakyat

Sumber: Harian Metro

Dalam hal ini, tidak kira anda tergolong dalam golongan mana sekalipun, baik B40 mahupun golongan M40, kesemuanya pasti akan mendapat manfaat yang sama.

Melihat kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini, langkah menfokuskan kepada golongan B40 adalah penting bagi mencapai status Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Untuk pengetahuan umum, golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara yang mana dianggarkan sebanyak 2.7 juta rakyat kita tergolongan dalam golongan ini.

Berbanding dengan kerajaan terdahulu, walaupun mereka tahu selok belok untuk menurunkan harga minyak yang memberi manfaat besar kepada rakyat, namun perkara tersebut tidak dilaksana malah harga minyak ketika itu dilihat semakin mahal.

Sumber: Mypt3.com

Pengumuman ini, sama sekali telah memberi satu berita yang gembira buat rakyat secara keseluruhannya yang mana mereka tidak akan terbeban sekiranya harga minyak dunia meningkat setiap minggu sehinggalah pemberian subsidi minyak bersasar dijalankan tidak lama lagi. 

Apa yang telah dilakukan kerajaan ketika ini sewajarnya tidak perlu dipertikaikan kerana ia melindungi rakyat dari harga minyak mentah dunia yang naik melambung, iaitu dengan menetapkan harga siling. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah dengan mengekalkan had harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter berbanding paras RM2.20 seliter sebelum ini, mampu mengurangkan beban sara hidup rakyat di negara ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN