Music Rights Malaysia (MRM) merupakan pelesen tunggal di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengeluarkan lesen muzik dan kutipan bayaran di negara ini.

Terkini, tular isu tentang kenyataan yang dikeluarkan MRM bahawa lesen untuk muzik yang berharga RM600 akan dikenakan bagi majlis keraian dan perkahwinan yang diadakan.

 

Kos Yang Membebankan

Sumber : YOY Network

 Isu tersebut menerima kecaman yang hebat bukan sahaja dari golongan masyarakat malah dari pemuzik sendiri yang merasakan penjualan lesen tersebut akan membebankan mereka.

Terutamanya bagi pemuzik yang bergerak secara ‘independent’, pastinya kos ini akan memberi kesan dalam usaha mereka mencari rezeki.

Diskrimanasi terhadap pemuzik-pemuzik bebas seperti bayaran yang murah dan tidak berbaloi sudah cukup menyukarkan mereka dalam melalui perjalanan karier yang tidak menentu ini.

 

 Pemuzik Susah Cari Makan

Sumber : Oh Bulan

 Isu ini turut menimbulkan kerisauan para pemuzik dengan merasakan pasti pihak penganjur majlis tidak akan mengambil mereka lagi untuk memeriahkan sesebuah majlis.

Dengan kos peralatan yang mahal, belanja yang terpaksa dilaburkan untuk sesi latihan dan sebagainya membuatkan seolah-olah tidak berbaloi lagi untuk mereka terus membuat persembahan.

 

Kenapa MRM Tetapkan Lesen RM600, Kan Kami Tolong Promote

 Penetapan harga lesen yang dianggap tidak relevan ini turut menerima reaksi dari pelbagai pihak.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyatakan bahawa isu akan memberi tekanan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya mencadangkan MRM menghantar satu kertas putih untuk dibincangkan mengenai perkara ini terlebih dahulu dan nyatakan kebimbangan mereka. Jangan memikirkan keuntu­ngan semata-mata dan menekan pengguna,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

“Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan yang disifatkan terlalu ketat dan menindas golongan bawahan,” kata Samsudin Mohamad Fauzi.

 

RM600 Itulah Sumber Pendapatan Pemuzik, MRM Jelaskan Keadaan Sebenar

 Isu ini merupakan isu yang besar dan bagi menjernihkan keadaan, pihak MRM tampil bagi memberikan penjelasan sebenar tentang isu lesen tersebut.

Rata-rata masyarakat tidak memahami isu ini dengan lebih mendalam dan menganggap pihak MRM sengaja ingin membebankan rakyat dengan kos yang agak tinggi tersebut.

Pihak MRM didalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada 21 Januari 2019, menegaskan bahawa permohonan lesen tersebut dikenakan hanya kepada majlis besar seperti majlis-majlis makan malam, anugerah, pelancaran produk dan juga majlis perkahwinan yang diadakan di hotel dan pusat konvensyen sahaja.

Isu perlesenan ini juga berkait rapat dengan pembahagian royalti yang akan diagihkan kepada 3 organisasi iaitu MACP, PPM dan RPM. Melalui agihan itulah setiap individu yang terlibat dalam penghasilan lagu-lagu yang digunakan akan mendapat faedah mereka.

Royalti merupakan sumber pendapatan bagi pengiat-pengiat seni tempatan, dan usaha ini harus dilihat sebagai usaha untuk membantu pemilik lagu-lagu tersebut mendapat pulangan yang setimpal.

Dan yang penting, permohonan lesen ini dikenakan kepada pihak penganjur majlis dan bukanlah pemuzik yang membuat persembahan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah lesen pemuzik berharga RM600 dikenakan kepada pihak penganjur majlis?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN