Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa tidak akan ada penurunan harga jalur lebar pada tahun ini.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan selepas kementerian telah mencapai sasaran meningkatkan kelajuan internet sebanyak dua kali ganda dan pada masa yang sama, mengurangkan harga kepada separuh pada tahun lalu.

Sumber: The Skop

Sudah Diturunkan

Berdasarkan laporan, semua syarikat telekomunikasi telah menurunkan harga dengan ketara. Syarikat telekomunikasi tersebut terdiri daripada Celcom Axiata Bhd., Maxis Bhd, dan TIME dotcom Bhd telah menurunkan harga sebanyak 30 peratus hingga 65 peratus.

Pakej permulaan bagi TM 30 Megabits sesaat (Mbps) berharga RM139 turun kepada RM79, pakej Celcom 40 Mbps berkurang kepada RM80 daripada RM180, pakej Maxis 30 Mbps berharga RM139 menurun kepada RM89 dan pakej TIME 100 Mbps yang berharga RM149 menurun kepada RM99.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia.

Sumber: Facebook Kosmo

Netizen Kecewa

Namun begitu, masih terdapat reaksi negatif dari kalangan netizen. Rata-rata ramai yang hampa dengan keputusan yang diumumkan oleh menteri tersebut. Ada yang beranggapan harga jalur lebar di Malaysia masih lagi mahal.

Ada yang berkata tidak merasai kelajuan jalur lebar seperti yang diperkatakan. Ada juga dengan sisnis beranggapan kenyataan menteri terbabit seperti ditarik balik (U-Turn) ekoran ketidakmampuan kerajaan.

Sumber: Facebook Kosmo

Hanya Baca Tajuk

Terdapat juga netizen yang memberikan reaksi positif terhadap usaha kerajaan. Netizen yang berpuas hati sudah merasai penurunan pakej jalur lebar seperti mana yang diwar-warkan.

Malah, mereka menyalahkan netizen lain yang hanya sekadar membaca tajuk dan tidak meneliti secara terperinci apa yang diungkapkan oleh menteri.

Adakah Janji Sudah Ditunaikan?

Sekiranya diteliti, janji yang diberikan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan janji tersebut sudah pun ditunaikan. Kadar harga yang dicadangkan adalah munasabah dengan kelajuan yang diberikan.

Namun begitu, persoalan yang timbul adalah benarkah rakyat secara keseluruhan menerima peningkatan kelajuan jalur lebar seperti yang diperkatakan?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah anda berpuas hati dengan kualiti jalur lebar pada ketika ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN