Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu telah menyaksikan penurunan harga bagi kenderaan di negara ini berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sebelumnya.

Antara kenderaan yang berlaku penurunan harga adalah kenderaan bagi Honda, Volkswagen, BMW dan Perodua, mungkin jenama kenderaan lain akan turut membuat perkara yang sama.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata model pemasangan tempatan (CKD) seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord kini dijual pada harga antara RM70,242 hingga RM169,398.

Katanya, harga untuk versi import sepenuhnya, (CBU) seperti Odyssey dan Civic Type R masing-masing dijual pada RM258,896 dan RM330,002.

Manakala, untuk jenis kenderaan BMW pula, Model 118i M Sport, 318i Luxury dan X1 SDrive20i Sport semuanya diletakkan pada harga RM3,000 kurang berbanding harga dengan GST, manakala 530i M Sport dan 530e plug-in hybrid mencatat penurunan harga paling banyak iaitu masing-masing RM9,000 dan RM15,000.

Untuk jenama Volkswagen pula, dengan pengecualian model CBU, harga baharu Volkswagen kini lebih rendah berbanding kadar enam peratus GST. Menerusi struktur cukai baharu itu, pengurangan harga kenderaan Volkswagen adalah sebanyak 1.5 peratus untuk Tiguan Comfortline hingga 2.6 peratus bagi Vento Highline.

Pada masa sama, Skim Perlindungan Harga (PPS) VPCM bagi stok terhad masih diguna pakai untuk model yang didaftar sehingga 15 November 2018.

Sementara untuk Perodua difahamkan kesemua model Perodua kini ditawarkan dengan harga yang lebih berbanding era GST dengan pengurangan sebanyak 1% hingga 3%.

 

Kesan SST Kepada Peniaga dan Pengguna

Bersabit mengenai sebarang cukai, ia pasti akan menggusarkan ramai pihak tidak kira peniaga mahupun pembeli atau pengguna. Tetapi sejauh manakah peniaga mendapat keuntungan hasil cukai SST?

Mitos yang bermain difikiran rakyat Malaysia adalah cukai SST akan menaikkan harga barangan tetapi kita lihat sebaliknya apabila ada barang yang mengalami penurunan.

Kita umum tahu perolehan hasil kutipan GST adalah sebanyak RM42 bilion setahun tetapi kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan hasil kutipan sebanyak RM22 bilion setahun. Ini bermakna cukai ini tidak mengikis wang rakyat seperti GST yang dilaksanakan zaman pemerintahan Umno BN.

Bagi pembeli atau pengguna, pastinya kuasa membeli mereka meningkat kerana harga barangan turun dan perbelanjaan mereka tidak seteruk GST ada sebelum ini. Tetapi ada juga pihak tidak berpuas hati dengan pelaksanaan cukai SST ini.

Kalau nak berbelanja itu ukur baju dibadan sendiri, beli ikut kemampuan dan jangan membazir.

KATA ORANG

Pelbagai pandangan yang diberikan oleh rakyat malaysia, ada yang brsetuju SST dilaksanakan berbanding GST, ada pula yang membantah. Ada yang mencadangkan pihak kerajaan lebih fokus untuk menurunkan harga barangan asas kepada rakyat terutama mereka yang berada ditahap pertengahan dan miskin.

No result could be fetched.

KATA ANDA

Perlukan kerajaan melaksanakan SST?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN