Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70 yang berharga bermula RM99,800

X70 ditawarkan dalam empat varian iaitu model asas Standard Pacuan Dua Roda (2WD), Executive 2WD, Executive Pacuan Semua Roda (AWD) dan Premium 2WD.

Bagi Standard 2WD berharga RM99,800 , RM109,800 (Executive 2WD), RM115,800 (Executive AWD) dan RM123,800 (Premium 2WD) tidak termasuk insurans.

Harga jualan X70 di Sabah dan Sarawak adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Proton turut menawarkan empat pakej tambahan bagi semua varian X70 iaitu lima kali servis buruh percuma, kadar faedah yang rendah bermula dari 2.34 peratus setahun, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej data internet satu gigabait setiap bulan bagi tempoh lima tahun.

Namun, isu yang didebatkan pengguna media sosial sejak pelancarannya adalah mengenai harganya.

Majoriti berpendapat harga X70 itu sangat mahal untuk sebuah model kereta tempatan.

 

Harga Terlalu Mahal Dan Tidak Mesra Rakyat

Sumber: Paul Tan Automotif (BM)

Rata-rata rakyat Malaysia merasakan harga yang dipamerkan itu terlalu mahal untuk kereta tempatan dan boleh disifatkan sebagai harga yang tidak mesra rakyat. Harga tersebut setanding dengan kereta import seperti Honda CR-V, Hyundai Tyson 2.0 dan lain-lain lagi.

Sumber: Paul Tan Automotif (BM)

Malah, mereka mengatakan kualiti kereta buatan Proton adalah rendah dan kenderaan juga dikatakan tidak diselenggara dengan baik. Banyak bahagian komponen kenderaan yang rosak. Baru pakai setahun sudah rosak macam pakai 9 tahun.

Sumber: Paul Tan Automotif (BM)

Tetapi rakyat Malaysia perlu kenapa Proton x70 ini mahal. Mungkin kualiti sudah setanding kereta import yang lain. Tambahan pula, Proton bergabung dengan Geely.

 

 

Kenapa X70 Mahal

Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna The Ajerul, merasionalkan harga tersebut dengan memberi beberapa sebab mengapa harga untuk SUV itu sebenarnya sangat berpatutan.

Sumber: FB The Ajerul

Menerusi satu entri, Ajerul berkongsi beberapa fakta tentang reka bentuk dan pembangunan SUV itu yang mungkin tidak diketahui ramai.

Antaranya, mempunyai ciri teknologi, keselamatan dan prestasi yang baik.

Selain itu, ia merupakan model SUV segmen C dan Completely Build Units (CBU) yang diimport sepenuhnya.

Untuk pengetahuan, X70 juga bukan model rebadge.

Proton melabur kos yang besar untuk membuat pertukaran left hand driving (pemanduan sebelah kiri) kepada right hand driving (pemanduan sebelah kanan). Proses pertukaran ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan peralihan lima sistem utama, serta 20 komponen perlu diubah suai. Proses ini juga membabitkan kira-kira 500 kakitangan.

Jadi, inilah sebab kenapa x70 dianggap mahal.

 

Komponen Yang Canggih

Sumber: Zigwheels

X70 menampilkan lampu utama berkembar diod pemancar cahaya (LED) yang ditiruskan pada sisi dengan lampu nyalaan siang seperti berbentuk L terbalik. Pada bawah bampar hadapan terdapat lohong besar yang dihiaskan dengan jeriji lurus warna perak dan terdapat lampu bulat untuk kabus.

Sumber: Drive Safe and Fast

Pada ruang dalaman pula, unsur-unsur seperti kerusi kulit Nappa, sentuhan aksen alumi­ni­um dan skrin sentuh mencetuskan elemen kemewahan dan teknologi. Garis kontur pada kerusi seperti separa bucket memberikan keselesaan dan lembut.

Sumber: Maukerja.my

Ciri-ciri tambahan yang menjadikan Proton X70 ini boleh mencabar SUV lain ialah kamera 360 darjah, sistem pemantauan angin tayar (TPMS), kamera panda­ngan hadapan dan sistem bantuan pemanduan yang terdiri daripada sistem brek kecemasan automatik (AEB), amaran keluar laluan (LDW), cruise control adaptif (ACC) serta enam beg udara SRS sebagai ciri standard untuk semua varian.

Sumber: Amanz

Selain itu, terdapat juga ciri Kawalan Jauh Tele­fon Pintar dan port USB yang banyak iaitu dua untuk penumpang hadapan dan pemandu, dua untuk penumpang belakang dan satu di belakang cermin pandang belakang.

Kesemua varian X70 menggunakan enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo berkuasa 181 kuasa kuda (hp) dan daya kilas maksimum 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Jadi, dengan harga bermula RM99,000 dan kemudahan yang ada ia sangat berbaloi.

 

10,000 Tempahan Diterima Bagi SUV Proton X70

Kenderaan SUV Proton X70 , setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak tempahan prapelancaran dibuka pada 8 September lepas.

Proton Holdings Bhd berkata, daripada jumlah itu hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi dalam talian, sekali gus mengesahkan keputusan yang dibuat syarikat untuk membangunkan dan melancarkan platform tersebut adalah tepat.

Sumber: The Malaysian Reserve

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, pihaknya berusaha memastikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli, dan pada masa sama membuat pelaburan besar bagi outlet dan pengedaran, selain mempunyai sumber jualan dan selepas jualan yang diperlukan bagi menyokong produk penting itu.

Proton juga telah mencapai 92 peratus daripada sasaran untuk menaik taraf cawangan 3S dan 4S sehingga 31 Ogos lepas.

100 daripada 109 cawangan yang disasarkan untuk Oktober telah diluluskan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah harga Proton X70 dijual pada harga yang tinggi?
30 votes · 30 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN