Tular di media sosial sekeping surat yang dikeluarkan oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengenai penstrukturan semula harga gas memasak keluarannya.

Melalui memo berkenaan, PDB meletakkan harga baru gas memasak bagi wakil pengedarnya yang menjalankan perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery (GPHD), masing-masing RM 31 bagi tong gas 12 kg dan RM 35 untuk tong gas 14 kg.

Kenaikkan tersebut nyata mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya mengenai harga baru gas memasak tersebut.

Sumber: Siakap Keli

Melalui satu kemas kini di laman facebook PETRONAS Brands, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa perubahan gas tersebut hanya tertakluk untuk GPHD sahaja, manakala harga bagi gas memasak yang dipungut sendiri oleh pengguna di kedai tidak berubah.

PETRONAS turut menjelaskan bahawa kenaikkan caj perkhidmatan penghantaran tersebut selari dengan harga pasaran semasa.

 

Sumber: FB Petronas Brands

PETRONAS turut menjelaskan bahawa kenaikkan caj perkhidmatan penghantaran tersebut selari dengan harga pasaran semasa.

Berbanding RM 3.20 bagi tong gas 12 kg dan 14 kg, harga caj perkhidmatan penghantaran yang baru adalah RM 8.20 bagi 12 kg dan RM 8.40 bagi 14 kg.

 

Apa Kata Menteri KPDNHEP?

Kerajaan akan meneliti sama ada langkah PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menaikkan kadar caj penghantaran perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) sebanyak RM5 mempunyai unsur pencatutan atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika menjelaskan perkara itu, berkata peruntukan subsidi untuk bekalan gas petroleum cecair (LPG) yang dibekalkan kerajaan untuk manfaat pengguna masih sama, iaitu pada kadar RM1.90 sekilogram.

Sehubungan itu, katanya, harga semasa pasaran LPG yang dijual di kedai runcit di seluruh negara bagi tong 12 kilogram (kg) ialah RM22.80 manakala tong 14 kg ialah RM26.60

Susulan rungutan pelbagai pihak berikutan pengumuman PDB, Saifuddin berkata, kementerian akan meneliti sama ada langkah menaikkan caj perkhidmatan penghantaran itu bercanggah dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723).

Namun, selepas mendapat pertikaian dari rakyat dan kerajaan mengenai rungutan kenaikan caj penghantaran gas memasak itu, akhirnya PETRONAS mengeluarkan memo menarik balik caj penghantaran dan harga kekal sama.

Sumber: FB Petronas Brands

Dan pihak kerajaan melalui KPDNHEP juga ambil maklum pandangan rakyat berkenaan isu kenaikan harga terhadap perkhidmatan penghantaran Gas Petronas ke Rumah (GPHD).

Petronas Dagangan Berhad putuskan tiada kenaikan harga terhadap perkhidmatan GPHD. Caj penghantaran kekal sama.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan umum dan kebimbangan pelarasan harga caj penghantaran.

Penetapan harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 bagi silinder 12 kilogram dan RM29.80 bagi silinder 14 kilogram untuk wilayah tengah, manakala harga bagi wilayah selatan, timur dan utara bagi 2 silinder itu masing-masing pada RM25.20 dan RM29.

 

Rakyat Bantah Sebab Pendapatan Mereka Tidak Stabil

Tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini khususnya kenaikan harga barang, kos sara hidup masih menghimpit mereka walaupun kerajaan pemerintah sudah bertukar.

Siapa akan suka kenaikan yang berlaku. Bagaimana dengan golongan berpendapatan bawah RM2000, golongan B40 dan sebagainya.

Diharap pihak kerajaan baharu dapat menyelesaikan kemeut skandal kewangan negara dan mengembalikan ekonomi rakyat sehingga stabil.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kenaikan seperti ini diumumkan ketika ekonomi rakyat sedang parah?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN