Isu kenaikan surcaj elektrik yang diputuskan oleh kerajaan baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan di alam maya. Rata-rata rakyat khususnya menyalahkan kerajaan yang berkuasa pada hari ini atas kenaikan itu. Tambahan pula, salah satu janji Pakatan Harapan untuk PRU-14 adalah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyatrakyat.

Pada 30 Jun 2018, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan surcaj tarif elektrik kepada semua pengguna bukan domestik akibat mekanisme “kos tidak berimbang” (ICPT) yang terkandung di dalam perjanjian pembekalan elektrik. Kenaikan surcaj itu berkuatkuasa untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2018.

ST memberi alasan kenaikan kos bahan api yang berada diluar kawalan TNB sebagai sebab kenaikan surcaj itu. Menurut ST, antara Januari hingga Jun 2018, harga arang batu meningkat kepada AS$91.66 setiap tan metrik berbanding harga diunjurkan di dalam penetapan tarif asas, iaitu AS$75 setiap tan metrik.

Kenaikan bahan api arang batu bagi tempoh 6 bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta. Apabila diterjemahkan melalui kaedah ICPT, itu bersamaan surcaj tarif sebanyak 1.35 sen setiap kWj.

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda?

ICPT adalah mekanisme yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api, untuk memastikan penjana dan pembekal mengambil untung (atau mengalami kerugian) akibat turun naik kos bahan api yang diluar kawalan mereka.

 

Purata Tarif Elektrik 

Asas Tarif purata kekal tidak berubah pada 39.45 sen setiap kWj.

Bagi pelanggan domestik, mereka tidak terjejas dengan pengenalan surcaj ICPT. Walau bagaimana pun, banyak pihak bimbang kenaikan surcaj ini dijadikan alasan oleh peniaga untuk tidak menurunkan harga barang walaupun GST berkadar sifar sejak 1 Jun yang lalu.

TNB Kaut Untung Atau Kerajaan Langgar Janji? 

Rasa resah orang ramai sebenarnya banyak berpunca dari keuntungan besar yang diperolehi TNB setiap tahun. Misalnya, terbaru keuntungan sebelum cukai TNB melonjak kepada RM8.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 berbanding RM8.07 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum itu.

Rata-rata rakyat naik angin mengenai kenaikan ini kerana percaya ia bakal menjadi faktor harga barang tidak akan turun, apatah lagi SST pula akan dilaksanakan pada September depan.

Di pihak kerajaan pula, alasan yang diberikan ialah jika surcaj itu tidak dikenakan kepada pengguna bukan domestik, kerajaan terpaksa menanggung subsidi eletrik yang tinggi dalam keadaan kerajaan tidak mampu. Menurut kerajaan, kedudukan kewangan masih lemah dan ekonomi negara perlu diletakkan kembali ke landasan yang lebih kukuh.

Alasan itu tidak mudah ditelan bulat-bulat oleh orang ramai. Mereka beranggapan kerajaan Pakatan Harapan hari ini telah melanggar janji manifesto untuk mengurangkan kos hidup rakyat.

KATA ORANG 

KATA ANDA 

Apakah pandangan anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN