Sejak dua minggu lalu, penuh di media sosial Facebook, Twitter, Instagram netizen memuatnaik gambar raja buah iaitu Durian. Malah, di tepi jalan, kedai-kedai buah juga penuh dengan lambakan buah durian ini dengan paparan harga yang sangat murah berbanding bulan-bulan lain.

Ada yang jual secara longgok dan juga secara timbang mengikut kilo. Bayangkan Harga pasaran durian musang king yang sebelum ini RM60 sekilogram turun kepada RM30 hingga RM20 sekilogram iaitu lebih 50 peratus.

Musim Atau Bekalan Lebihan Puasa? 

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak memberitahu penurunan harga durian termasuk Musang King ketika ini disebabkan ‘musim besar’ pengeluaran raja buah itu. Namun terdapat juga peniaga mendakwa kejatuhan jualan durian pada bulan puasa (Mei) lalu menyumbang kepada lebihan bekalan buah itu.

Selain itu, penurunan harga ini juga disebabkan persaingan antara peniaga yang menjual durian ini. Disebabkan musim, mereka yang mempunyai kebun dan membekalkan kepada peniaga sebelum ini turut juga menjual sama. Mereka akan jual dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga durian yang lain kerana tiada modal diperlukan.

Seorang pemilik kebun durian yang dikenali sebagai Pok Tar menyatakan, setiap kali tibanya musim durian, beliau mampu memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sehari dengan dianggarkan 700 kilogram hingga 1,000 kilogram durian dijual sehari.

Musim Durian 

Pokok durian sesuai ditanam serta boleh menghasilkan buah jika berada diantara garisan latitude 10 – 18 darjah di hemisfera Utara dan Selatan. Paling istimewa adalah dikawasan latitude 10 darjah daripada garisan khatulistiwa yang mampu berbuah lebih dari dua kali.

Berdasarkan Anim Agro Technology , Kalendar Pengeluaran Buah Durian di Malaysia (kedudukan 7 – 2 darjah Utara) adalah 3 kali setahun. Musim pertama durian keluar di Malaysia pada bulan Januari hingga Febuari dan musim kedua lazimnya dari bulan Jun hingga September, sementara musim ketiga dari bulan November hingga Disember.

Dalam setahun Malaysia mempunyai jangka masa kutipan buah durian sehingga hampir 8 bulan pengeluaran durian walau pun jumlah pengeluarannya sedikit sahaja pada luar musim (musim pertama dan musim ketiga). Musim kedua penghasilan durian di Malaysia adalah dari bulan Jun hingga September iaitu musim kemuncak. Masa ini pengeluaran durian memang banyak dan mendapat jolokan ‘Durian Runtuh’ setiap tahun di Malaysia.

Jenis Durian di Malaysia dan Harga 

Luaran durian mungkin nampak sama, namun isi durian adalah berlainan mengikut jenis. Antaranya jenis D24 yang mempunyai rasa berkrim dan pahit pada masa sama. Durian ini berharga sekitar RM20 ke atas.

Ada juga jenis D101 yang berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim. Durian Udang Merah mempunyai warna isi yang cukup menarik selain mempunyai tekstur yang sedikit melekit. Durian ini berharga RM30 sekilo.

Selain itu terdapat juga jenis durian kampung yang harganya lebih murah. Harga durian kampung kini sekitar RM2 hingga RM5 sekilogram, durian klon RM6 hingga RM12 manakala durian Musang King pula antara RM25 hingga RM30 sekilogram.

Fakta Durian

Buah durian memiliki kandungan gula,[37] vitamin C, kalium dan triptofan asid amino serotoninergik yang tinggi,[71] dan menjadi sumber baik karbohidrat, protein dan lemak.

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas.

KATA ORANG 

KATA ANDA 

Anda rasa?
0 votes · 0 answers
Vote

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN