Kejayaannya dalam mengharumkan nama negara dipersada dunia sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. 

sumber: berita harian

Tetapi rakyat Malaysia dikejutkan dengan apa yang menimpa jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di mana beliau disahkan telah menghidap kanser hidung. 

Beliau terpaksa berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan sepanjang menjalani rawatan di Taiwan.

Prestasi Kesihatan

Chong Wei terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk membuat kemunculan semula dalam kejohanan antarabangsa.

Doktor pakar yang merawatnya menasihati Chong Wei supaya tidak menyertai kejohanan Terbuka Malaysia 2019 kerana bagi mengelakkan tubuh badannya daripada menghadapi sebarang tekanan walaupun dia sudah disahkan sudah sihat dan dalam proses pemulihan.

sumber: twitter BAM

Dalam kenyataan rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), menyatakan Chong Wei menarik diri dari menyertai kejohanan tersebut yang dijadualkan bermula dari 2 April hingga 7 April di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Ranking Dunia Turun

Disebabkan Chong Wei berehat terlalu lama, rankingnya jatuh secara mendadak kerana tidak menyertai sebarang kejohanan sepanjang 8 bulan beliau menerima rawatan.

Beliau yang terpaksa berehat panjang selepas disahkan menghidap kanser hidung pada Julai 2018 kini berada pada ranking ke-41 dunia.

sumber: BWF
sumber: BWF

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menegaskan ia bukan suatu yang perlu dibimbangkan biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bermula pada April tahun ini. 

sumber: kem badminton

Dengan perlindungan ranking yang diberikan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini, Chong Wei boleh menyertai mana-mana kejohanan utama yang diingini untuk dalam tempoh enam bulan selepas membuat kemunculan semula.

Kata Choong Hann lagi, dia percaya akan kemampuan yang dimiliki oleh Chong Wei dan bukan masalah yang besar untuk dirinya dan hanya akan mengambil masa untuk berada dalam kelompok teratas dunia.

 

 

Pelapis Muda       

Malaysia tidak boleh mengharapkan Chong Wei sahaja untuk terus menyumbangkan pingat dan memenangi segala kejohanan yang disertainya. 

sumber: galaksi media

Menurut Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria, terdapat pelapis bagi menggantikan Chong Wei dan pihaknya sentiada bersedia melatih pemain untuk menggantikan lagenda badminton ini. 

Katanya lagi, Chong Wei sudah berada dalam arena badminton lebih kurang 18 tahun dan untuk mencari pengganti sememangnya sukar.

Jurulatih Kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berkata, pelapis baharu perlulah diasah dan ini merupakan waktu yang amat sesuai. 

sumber: mstar

Atlet pelapis perlu digilap daripada segenap aspek meliputi keyakinan, pengalaman dan arah tuju yang betul bagi melahirkan banyak ikon seperti Chong Wei.

Walaupun begitu, adakah rakyat malaysia bersedia untuk menerima muka baru yang akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti?

 

Harapan Ke Olimpik Tokyo

Ramai peminat Chong Wei bukan sahaja dari Malaysia tetapi seluruh dunia mengharapkan beliau kembali beraksi di pentas dunia.

Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Larsen juga berharap Chong Wei akan kembali beraksi dalam kejohanan kompetitif secapat mungkin untuk melayakkan beliau ke Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020. 

sumber: sports247

Tempoh kelayakan ke sukan olimpik Tokyo 2020 akan bermula secara rasmi pada 1 April 2019 hingga 26 April 2020.

Chong Wei perlu kembali dalam saingan kompetitif memandangkan hanya 38 pemain ranking terbaik dunia sahaja yang layak beraksi dalam acara perseorangan lelaki.

Dalam pada masa sama, rakyat Malaysia tidak henti-henti dari memberikan kata-kata semangat kepada Chong Wei dan mereka juga mengharapkan beliau diberikan kesihatan agar kembali beraksi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajar atau tidak jika Datuk Lee Chong Wei terus diberikan amanah untuk menjadi wakil malaysia ke kejohanan antarabangsa?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN