Pelajar-pelajar sekolah rendah bakal dibekalkan sarapan yang berkualiti dan sihat bermula Januari 2020.

Sumber: Astro Awani

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan inisiatif itu diperkenalkan sebagai membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Maszlee menyatakan pelajar-pelajar ini memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang supaya mereka terus bertenaga di dalam kelas dan tidak merasa lemau untuk memulakan sesi pembelajaran.

Hasil Cukai Disalurkan Semula Pada Rakyat

Kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negara.

Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelaksanaan program tersebut mengambil kira cukai baharu yang dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ia salah satu usaha kerajaan untuk salurkan hasil cukai kepada rakyat. 

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Makanan Perlu Lebih Berkualiti

Rata-rata rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan yang membantu rakyat yang berpendapatan bawah B40, pada masa sama ia meringankan beban ibu apa yang terpaksa menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak mereka, terutama anak yang ramai bersekolah.

Selain itu, mereka juga mahu makanan yang disediakan nanti adalah berkualiti dan pengusaha kantin perlu memastikan makanan yang disajikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah ini bersih dan sihat.

Sumber: FB Bernama News Channel

Apabila melibatkan makanan percuma, ramai akan merasakan pihak yang dipertanggungjawabkan akan menyediakan makanan mengikut bajet yang diberikan tanpa memikirkan kualiti dan sebagainya.

Lebih baik kerajaan buat tender secara terbuka dan jangan menjaga ‘orang tengah’. Bimbang akan berlaku perkara yang sama pernah berlaku di zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini.

“ Ibu Bapa Makin Malas”

Sebenarnya bagus ada program makanan percuma di sekolah namun ada yang tidak menyokong pula. Mereka menyatakan ini akan membuatkan ibu bapa makin malas untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga.

Sumber: Harian Metro

Tetapi realitinya, beban ibu terutamanya akan berkurangan sebab anak-anak dah ada makanan yang telah tersedia di sekolah. Ibu tidak lagi perlu berkejar-kejar untuk menyediakan sarapan, mereka mungkin mempunyai masa untuk membuat perkara yang lain.

Bagi keluarga yang tinggal di bandar, program sebegini amat digalakkan. Mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih semata-mata untuk membeli makanan.

“Harap Kerajaan Tak U-Turn”

Setiap aspek yang diperlukan rakyat sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan kebajikan mereka kekal terpelihara.

Inisiatif yang diambil ini sangat baik dalam memastikan segala aspek keperluan dan kebajikan rakyat dapat disalurkan seterusnya memanfaatkan rakyat di peringkat akar umbi.

Rata-rata rakyat Malaysia berharap setiap program yang disusun serta dilaksanakan ini secara berterusan untuk memastikan rakyat kekal terbela dan menjalani kehidupan lebih kondusif.

Mereka tidak mahu kerajaan U-Turn berhubung program ini. Jika tiada cukai baharu sekalipun, kerajaan harus memikirkan jalan lain untuk laksanakan program sebegini.

Kalau sebelum ini kerajaan terdahulu hanya memfokuskan kepada pelajar miskin, namun dibawah kerajaan sekarang semua pelajar dapat merasa sarapan percuma.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN