Dalam membina keharmonian rumahtangga, komunikasi sangat memainkan peranan yang penting untuk memastikan pasangan suami isteri dapat berhadapan dengan masalah yang timbul.

Komunikasi ini sangat penting dalam rumahtangga dan pasangan suami isteri perlu bersikap lebih terbuka dan jangan ego terutama pihak lelaki.

Sumber:pesona pengantin

Namun, selain komunikasi yang baik juga, ada lagi peranan yang sangat penting kepada pasangan berumahtangga iaitu panggilan kepada pasangan anda.

Bagaimananpun, si suami perlu tahu hukum panggilan kepada isteri anda. Jangan main sebut sahaja. Ada hukum si suami tidak dibenarkan panggil isteri dengan panggilan yang menyamai ibu kandungnya.

Dosa Besar Samakan Isteri Dengan Ibu Kandung

Memanggil isteri dengan panggilan seperti ibuku, mamaku dan seumpamnya, jika dimaksudkan dengan menyamakan dengan ibu dari sudut haram bersekedudukan, maknanya berdosa besar.

Sumber: Harian Metro

Tetapi dalam masyarakat kita dengan panggillan begitu adalah biasa dan ia tidak membawa maksud dari sudut berkenaan dan panggilan seumpama itu mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.

Tetapi ada pandangan yang mengatakan walaupun tidak mempunyai niat atau sebagainya, seeloknya dielakkan supaya tidak berlaku sesuatu yang melanggar hukum.

Apa Itu Zihar?

Zihar ialah menyamakan mana-mana bahagian tubuh isteri dengan mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.

Isu ini menjadi perhatian apabila Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias, 38 atau PU Azman menjelaskan maksud sebenar Zihar yang banyak disalah tafsir oleh orang ramai di laman Instagramnya.

Sumber: Sinar harian

PU Azman memberi contoh dengan berkata “punggung awak sama macam punggung mak saya”.

Maka penyamaan ini dari sudut hukumnya dan isteri tidak boleh disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. Hukumnya haram dan berdosa besar.

Dari Sudut Isteri Pula?

Ada juga mempersoalkan bagaimana pula hukum jika isteri menggunakan panggilan seperti Abah, Ayah dan seumpanya. Adakah jatuh hukum yang sama?

Sumber: Sinar harian

Menurut PU Azman, panggilan seperti ibu, mama dan seumpamanya itu untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam itu dekat mak mereka.

Sumber:Bidadari.My

Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Malah, isteri juga boleh memanggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Hal ini kerana isteri tidak memegang kuasa talak, jadi tiada masalah untuk isteri memanggil suami dengan panggilan itu.

Afdal Panggil Suami Isteri Panggilan Manja

Panggilan yang baik dalam hubungan suami isteri amat di tuntut untuk wujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat.

Sumber:Panda Baca

Tetapi Islam tidak menetapkan panggilan yang tertentu antara suami isteri asalkan dapat menjaga maruah dan hubungan kedua-dua pihak.

Nak panggil nama penuh, gelaran yang baik apa pun boleh juga. Selagi dapat jaga nilai hormat dan kasih sayang diantara suami isteri.

Ada sahaja pansangan yang panggil ‘kau’ dan ‘aku’, asalkan kedua-dua pihak itu tiada masalah dan sudah biasa, tiada masalah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN