Selepas kontroversi isu kemurungan, penyanyi sedang meningkat naik, Haqiem Rusli dikecam sekali lagi di Twitter mengenai penampilannya yang memakai kaca mata hitam dan airpods ketika menziarahi rumah seorang asnaf.

Sumber: BeautifulNara

Sabtu lalu, menerusi program GPH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, penyampai radio Ajak Shiro bersama dua orang artis undangan, Aizat Amdan dan Haqiem berkunjung ke rumah seorang asnaf di Rawang, Selangor yang dikenali sebagai Abang Zul.

 

Netizen label Haqiem tiada adab

Sumber: Rotikaya

Gambar yang dikongsi di laman Twitter Hotfm itu dibanjiri dengan komen negatif tentang penampilan Haqiem yang dianggap sebagai biadap dan tiada adab di rumah orang.

Mereka kurang bersetuju dengan tindakan Haqiem yang memakai kaca mata hitam dan airpods.

Tidak salah untuk pakai kaca mata hitam tetapi perlu tengok tempat dan program juga. ‘Eye Contact’ atau hubungan mata itu penting apabila berjumpa orang ramai atau yang lebih tua.

Sumber: Rotikaya

Kalau menyanyi pun kena ada hubungan mata kepada peminat. Kalau tidak mahu dilabel sebagai tiada adab , maka belajarlah cara-cara atau etika ketika menziarahi rumah orang.

 

Adab-Adab Melawat Orang

Untuk masuk tempat orang perlu ada adab dan menghormati mereka. Disini disertakan beberapa adab yang boleh diamalkan ketika melawat orang:

Sumber: Iluminasi

1) Bagi salam.

2)Ketuk pintu atau tekan loceng.

3)Jangan intai ke dalam.

4)Bertemu dengan niat untuk menziarahi.

5) Jangan melilau pandang kesana sini. Tundukkan pandangan.

6)Janganlah bertandang terlalu lama sehingga mengganggu tuan rumah.

7) Jaga barang tuan rumah. Terutama bagi siapa yang ada anak kecil.

8) Jangan menyusahkan tuan rumah.

9)Tidak membuka atau menceritakan aib tuan rumah kepada orang lain.

10)Berterima kasih kepada tuan rumah.

Walaupun tidak ada spesifik adab memakai kaca mata hitam dan airpods, tetapi dengan adab-adab yang diterjemahkan itu mungkin serba sedikit dapat membantu mereka yang mahu berkunjung ke rumah orang lain.

 

Haqiem Dianggap Masih Tidak Matang

Sumber: YouTube

Tidak matang bukan bermaksud Haqiem masih budak-budak, dia boleh menulis lirik, menghasilkan lagu yang bagus sehingga menjadi trending di dunia muzik. Pernah mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu dengan lagu tergantung Sepi. Hasil nurkilan dia sendiri.

Tetapi isunya disini, dia mungkin tidak matang dari segi pergaulan kehidupan. Mana kita tahukan? Dia banyak habiskan masa dengan menghasilkan lagu yang baik untuk pendengar, dia mungkin tersilap sekali tidak mungkin akan diulangi lagi.

Tutup akuan Twitter mungkin lebih baik untuk dia fokus kepada kerjaya dan menilai diri dia sendiri ekoran kecaman netizen yang tiada penghujungnya. Ini juga mungkin mendorong dia untuk bermuhasabah diri. Harapnya beliau tidak berada di dalam situasi murung sekali lagi.

 

Suara Netizen Demi Kebaikan Haqiem

Mungkin apa yang dibangkitkan netizen ada betulnya juga, bukan tidak boleh pakai kaca mata hitam dan airpods ketika menziarah, melainkan kita pergi rumah saudara mara yang sudah kenal dengan personaliti kita.

Ini orang luar yang tidak mengenali Haqiem secara peribadi, mereka akan anggap Haqiem sebagai budak yang tak ada adab walaupun itu adalah gaya dan identiti Haqiem yang tersendiri.

 

Haqiem Pemalu

Dalam rancangan nombor satu Malaysia, Meletop, Haqiem sebagai artis undangan telah menjelaskan sebab apa dia selalu mengenakan kaca mata hitam setiap kali membuat persembahan dan dimana-mana sahaja.

Rupanya Haqiem ini pemalu orangnya, dan dia memerlukan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai atau peminatnya.

VIDEO 6: https://www.youtube.com/watch?v=aohyWEeqS4U

Apapun, Haqiem juga sudah memohon maaf atas kekhilafannya itu, jadi netizen di luar sana usahlah nak tambah bara dalam api.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Haqiem Rusli Dikecam Hanya Memakai Kaca Mata Hitam Ketika Menziarah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN