Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, jelas sekali memperlihatkan hasrat mereka untuk mengotakan janji dalam manifesto pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Sumber: Sinar Harian

Buat masa ini, penghapusan mekanisma tol itu hanya membabitkan empat lebuhraya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART yang mana kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada, dan menggantikannya dengan caj kesesakan yang akan diperkenalkan.

Melalui inisiatif itu, pengguna lebuh raya hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Manakala, kutipan tol akan dihapuskan pada waktu ‘peak-off’ antara jam 11 malam hingga 5 pagi dan diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada ketika waktu biasa.

Sumber: Free Malaysia Today

Sehingga ke hari ini, keputusan tersebut bagaimanapun telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan ada yang memberi reaksi positif mengenainya.

Tidak kurang juga, ada yang membantah cadangan tersebut termasuk beberapa pemimpin dari pembangkang yang meminta kerajaan untuk membuat kajian semula dengan mengemukakan pelbagai cadangan lain.

 

Hapus Tol Waktu ‘Peak-Off’ Kurang Berkesan Untuk Bantu Rakyat

Walaupun rancangan kerajaan ketika ini sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya, namun ianya tetap dipertikai pihak tertentu yang mana keputusan tersebut dilihat kurang berkesan untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya warga kota.

Sumber: Utusan Online

Melihat kepada reaksi netizen di media sosial, ada di antara mereka mempersoalkan keputusan kerajaan itu sebagai satu keputusan yang tidak ikhlas untuk membantu rakyat dengan hanya melakukannya pada waktu ‘peak-off’.

Apa yang dilakukan kerajaan ini seolah-olah menunjukkan sikap pilih kasih kepada pemandu-pemandu lori sahaja dan bukannya kepada rakyat secara keseluruhan.

Sumber: Utusan Online

Dengan mengambil setiap pandangan dari rakyat serta beberapa pemimpin dari pembangkang yang memberi pandangan mengenai perkara ini, kerajaan perlu memperkemaskan lagi kaedahnya supaya keputusan yang dibuat itu mampu memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar yang saban hari tertekan dengan pelbagai masalah.

Namun, apa yang pastinya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan ketika ini dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan yang mana kutipan kadar tol masih perlu dilakukan memandangkan mereka perlu mengambil kira kos penyelenggaraan di samping kutipan caj itu juga akan digunakan untuk  pembangunan ekonomi negara dengan memperbesar, memanjang dan membina lebuh raya baru pada masa depan.

 

Perlu Kajian Menyeluruh Elak Lebih Banyak Masalah

Sumber: mStar

Meskipun keputusan yang dibuat kerajaan ini hanya di peringkat cadangan sahaja, namun ia dikhuatiri menggalakkan kegiataan lumba haram yang aktif pada waktu malam.

Bayangkan sahaja lebuh raya yang ketika itu lengang dari kenderaan kemudian tiada kutipan tol, pasti ada pihak tidak bertanggungjawab yang akan menggunakan lebuh raya tersebut sebagai tempat untuk mereka berlumba.

Namun, apa yang penting dalam hal ini adalah sikap rakyat itu sendiri.

Walaupun kerajaan melaksana sesuatu keputusan yang dilihat memberi kebaikan, namun pihak-pihak ini tidak seharusnya menggunakan keputusan tersebut sebagai ‘green light’ untuk mereka melakukan perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.

 

Mansuh Tol, Rakyat Tetap Perlu Bayar

Apa yang dilakukan kerajaan ketika ini jelas sekali menerima kecaman hebat masyarakat.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat jelas sekali perlu  membayar kos membabitkan pemansuhan tol walaupun ianya dibayar oleh kerajaan.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Katanya, ia berikutan kerajaan perlu membeli kepentingan dalam konsesi lebuh raya menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat, dan akhirnya rakyatlah yang membayar kos itu walaupun ia melalui kerajaan.

Sekiranya tiada kutipan, ia akan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk membiayai projek pembangunan lain yang juga diperlukan rakyat.

Namun katanya, untuk menghapuskan kesemua bayaran tol adalah mahal, justeru kerajaan sedang mencuba untuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar dengan mengambil alih sebahagian lebuh raya satu persatu buat ketika ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah cadangan kerajaan menghapuskan mekanisma tol sedia ada ketika ini dilihat mampu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN