Sumber : Beautifulnara

Bekas pemenang Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee yang baru-baru ini ditakhtakan Mahkota kemenangan namun terpaksa ditarik balik ekoran video beliau dilihat pergi ke sebuah kelab malam dan meminum arak tular di media sosial.

Video tersebut walaupun dijelaskan bukanlah video terbaru dan insiden tersebut berlaku sebulan sebelum pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 bermula, namun kelakuan Haneesya tersebut dianggap melanggar syarat-syarat penyertaaan.

Sumber : Rileklah.com

Penularan video tersebut turut dianggap memberi imej yang buruk terhadap program tersebut dan pihak produksi digesa oleh masyarakat agar menarik balik gelaran yang telah diberikan kepada Haneesya Hanee.

 

 

Bukan Salah Didikan Ibubapa

Sumber : Artikel Dewi

Ramai yang turut mengecam ibu Haneesya yang dikatakan salah didikan dan tidak tahu menjaga anak. Namun Haneesya menyangkal kenyataan berkenan dan berkata kelakuannya tidak ada kena mengena dengan didikan ibubapanya.

“Saya hanya mahu minta orang berhenti berkata yang ini merupakan salah ibu saya, tuduh ibu saya tak tahu cara untuk menjaga saya. Ini bukan salah dia, ini semua perbuatan saya dan kesilapan sendiri.

“Semua yang terjadi tiada kena mengena dengan ibu saya. Kalau boleh, jangan ganggu ibu saya kerana semuanya salah saya,” kata Haneesya sebak.

 

Akur Penarikan Semula Takhta Dewi Remaja 2018/2019

 Pihak produksi melakukan sidang media bersama Haneesya sejurus penularan tersebut.

Sumber : Astro Gempak

Di dalam sidang media tersebut pihak produksi menjelaskan bahawa Haneesya telah melanggar syarat kelayakan bagi penyertaan program tersebut dan mereka terpaksa menarik semula takhta yang telah diberikannya.

Selain itu pihak produksi juga mengumumkan bahawa tiada pemenang gantian yang akan dinobatkan dan Dewi Remaja ke -10 akan dinobatkan pada program yang akan datang.

Haneesya juga turut menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk memulangkan semula tahkta tersebut dan akur dengan keputusan pihak produksi.

 

Perlu Lebih Bijak Memilih Kawan

Dalam sidang media tersebut, Haneesya turut menekankan bahawa dia sedar betapa pentingnya untuk kita memilih kawan.

Video tersebut yang dipercayai disebarkan oleh rakannya sendiri pastinya telah menjatuhkan imej dia dan keluarga serta memberi impak yang besar dalam penglibatannya dalam dunia seni.

Melalui laman sosial juga, dapat dilihat Fasha Sandha turut prihatin terhadap isu ini dan menasihati masyarakat agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan yang kita ingin bergaul.

 Apa-apa pun diharap insiden ini dapat memberi pengajaran terutamanya kepada remaja-remaja diluar sana yang didalam fasa ingin mengenal dunia.

Setiap tindak tanduk yang kita lakukan pasti akan memberi kesan bukan sahaja pada diri sendiri malah keluarga dan orang terdekat.

Penglibatan dengan aktiviti yang tidak bermoral tidak harus didekati dan diharap para remaja lebih bijak memilih jalan hidup yang lebih baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah pihak produksi menarik semula takhta kemenangan Haneesya Hanee?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN