Dunia hiburan Malaysia pernah dihantui kontroversi tentang Ustaz selebriti, PU Abu yang sanggup menceraikan isteri pertamanya yang sarat hamil demi mengahwini wanita yang pernah didambakan dulu dikenali sebagai Hana Azraa.

Namun malangnya, tidak lama selepas mereka mendirikan rumahtangga Hana mengesahkan bahawa mereka sudah bercerai dan membuat keputusan untuk meneruskan hidupnya sebagai ibu tunggal.

Dan terbaru, Hana membuat perkongsian di laman Instagramnya yang mengesahkan dia sedang hamil 4 bulan.

Walaupun ia merupakan berita yang mengembirakan buat dirinya, namun kecaman netizen tetap terus menghantui kehidupan Hana Azraa walaupun dia dan PU Abu kini bukan lagi suami isteri.

Apa boleh buat, orang hanya ingat kesalahan dan kesilapan yang kita buat berbanding 1000 kebaikan yang kita lakukan bukan?

Isu Buka Purdah

Malah isu ‘on off’ purdah juga dipertikai netizen kerana menganggap seolah-olah dia mempermainkan agama.

Kenapa dulu masa merampas suami orang elok je berpurdah dan bertutup litup, sekarang bila dah jadi ‘single mom’ sibuk nak buka pula?

Namun siapa kita untuk mempersoalkan tindakan yang diambilnya.

 

Kifarah Itu Pasti

Bagi seorang muslim, kifarah adalah balasan mahupun hukuman yang diturunkan Allah kepada hambanya di dunia akibat daripada dosa yang pernah dilakukan.

Kifarah boleh berlaku dalam bentuk diberi ujian sakit yang tidak mampu disembuhkan, kematian mahupun kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.

Namun, ramai yang mungkin terlepas pandang bahawa kifarah bukan sahaja untuk menghukum si pelaku dosa namun ia juga untuk mengugurkan dosa pelaku tersebut.

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dan beruntunglah seseorang manusia itu diberikan hukuman ketika masih di dunia kerana pastinya hukuman di akhirat adalah tidak tertanggung beratnya.

Namun adilkan kita sebagai manusia untuk menjatuhkan hukuman terhadap si pelaku dosa seolah-olah mengambil kerja tuhan?

Jika Allah sendiri membuka seribu  pintu taubat untuk hambanya yang berdosa, mengapa kita hendak  memandai-mandai seperti  kita  sendiri tidak pernah melakukan dosa?

Kontroversi yang berlaku antara kisah PU Abu, isteri pertama dan isteri keduanya masih hangat diperdebatkan sehinggalah ke hari ini.

Malah setiap muat naik yang dibuat PU Abu mahupun Hana sendiri pasti akan mendapat kecaman teruk dari orang ramai walaupun ia adalah sesuatu yang positif dan bermanfaat.

Dan apa yang dilalui Hana hari ini dikatakan balasan di atas penderitaan yang dilalui bekas isteri pertama PU Abu dahulu.

 

Benci Kejahatan Bukan Si Pelaku

Sebagai manusia biasa, tiada siapa pun yang mampu lari dari melakukan kesilapan mahupun sekecil zarah.

Sedar atau tidak, kita pasti  akan terdorong untuk melakukan kesilapan kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Namun di dalam agama Islam sendiri kita tidak diajar untuk membenci si pelaku dosa tapi hanya dibenarkan untuk membenci kesalahan yang dilakukan mereka.

Apa-apa pun memandangkan Hana dan PU Abu pun sudah bercerai, adalah lebih baik untuk kita  doakan kehidupan Hana dan bayi yang dikandungnya lebih baik dari sebelum ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Hana Azraa terus dikecam walaupun selepas bercerai dengan PU Abu?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN