Bermula 1 April depan, kerajaan Singapura akan menghalang kenderaan Malaysia atau mana-mana kenderaan asing ke republik itu sekiranya mempunyai saman kesalahan trafik yang belum dijelaskan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, republik Singapura memandang serius kegagalan mereka yang gagal membayar saman tertunggak ke atas kenderaan masing-masing.

Sumber:Paul Tan

Peringatan akan dibuat melalui risalah yang akan diedarkan dan papan iklan juga dipasang di tempat pemeriksaan darat.

Kesalahan tersebut termasuk kesalahan trafik, parkir atau pelepasan asap kenderaan.

Malaysia Akan Berbincang

Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura berhubung perintah negara itu.

 

Sumber:Berita Harian

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya meminta dan menasihatkan mana-mana pihak pada masa ini agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memberikan persepsi negatif kepada hubungan Malaysia-Singapura.

Mengulas lanjut Marzuki berkata sebarang tindakan berhubung cadangan dan langkah berkenaan adalah bergantung kepada keputusan daripada kerajaan Pusat.

Kira-kira 60,000 kenderaan asing memasuki Singapura setiap hari.

Singapura Juga Perlu Patuhi Undang-Undang Di Malaysia

Berhubung halangan tersebut yang akan dikuatkuasakan dua bulan dari sekarang, rata-rata rakyat Malaysia juga mahukan kerajaan Malayisa bertindak dengan cara yang sama dilakukan oleh republik Singapura.

Katanya, ia juga bagus untuk negara Malaysia agar pemandu-pemandu dari negara republik itu juga mematuhi peraturan jalan raya di negara ini.

Sumber:The Star Online

Dalam nada yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse menegaskan Malaysia juga berhak membuat peraturan yang sama.

Bagaimanapun, katanya, sekatan tersebut bukan untuk menyekat atau menghalang orang luar masuk ke negara berkenaan, namun ia lebih kepada menjaga kedaulatan negara berkenaan.

Malaysia juga pasti akan berbuat perkara yang sama, jadi tidak pelik untuk Singapura melaksanakan undang-undang sebegitu.

Dan ia tidak memberi kesan terhadap kelangsungan ekonomi diantara kedua-dua negara ini.

Kuatkuasakan Sistem VEP

Pelaksanaan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dikuatkuasakan dilihat membantu menyelesaikan masalah kenderaan dari negara jiran yang tidak membayar saman.

Namun, ia perlu dikuatkuasakan lagi bagi merekod kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia.

Sumber:ikimfm.my

Selain mengenal pasti kenderaan negara jiran yang tidak membayar saman, sistem VEP itu nanti akan turut membantu JPJ mengawal dan menangani sindiket kereta klon.

Dikira situasi menang-menang dalam hal ini. Singapura ada hak mereka dan Malaysia juga ada hak untuk buat peraturan juga.

 

Kenderaan Di Malaysia

Sehingga 30 Jun 2017, mencatat keseluruhannya 28,181,203 unit kenderaan. Setelah dikira, ini bersamaan dengan 0.88 kenderaan bagi setiap individu di negara ini.

Jika dibandingkan dengan tahun 2015, yang yang berada pada 26,301,952 buah, jumlah baru ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.88 juta. Pergi lagi ke belakang, pada tahun 2010, jumlah kenderaan yang didaftar adalah 20,188,565 buah menjadikan perbezaannya dengan jumlah tahun ini adalah 7,992,638 buah.

Sumber:Utusan Online

Melihat secara lebih terperinci data ini, secara keseluruhannya terdapat 13,288,797 kereta dan 12,933,042 motosikal persendirian yang berdaftar di Malaysia. Ini kemudiannya diikuti 185,035 buah kenderaan servis awam (PSV) yang termasuk bas, teksi serta kereta sewa swasta, 1,205,744 kenderaan barang dan 568,585 kenderaan jenis lain-lain.

Bayangkan, beratus ribu kenderaan di Malaysia, ditambah pula kenderaan dari negara luar memang perlu penguatkuasaan yang lebih ketat.

Semak Saman

Pemandu boleh membuat semakan bagi semua denda dengan melayari www.axs.com.sg.

Pembayaran denda boleh dibuat melalui empat saluran iaitu kios AXS, laman sesawang AXS dan aplikasi mudah alih AXS; laman sesawang agensi masing-masing; kaunter perkhidmatan pelanggan agensi masing-masing; dan Pejabat Pos SingPost (terpakai untuk semua agensi kecuali Polis Trafik).

Kenyataan itu menyatakan pemandu asing yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kesalahan mereka boleh menghubungi Lembaga Perumahan & Pembangunan di 1800 – 2255432.

Aatau E-mel: [email protected]; Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (1800 – 2255582); Agensi Alam Sekitar Nasional (6225 5632); Pasukan Polis Singapura (Polis Trafik) (6547 0000); dan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar (6329 3434).

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Malaysia juga membuat halangan bagi kenderaan mempunyai saman tertunggak seperti Singapura?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN