Baru-baru ini , kecoh sebuah rakaman video yang berdurasi dua minit 28 saat yang menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan.

Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan murid perempuan itu disebabkan dia bersikap kurang ajar dengan menggelarkan guru berkenaan sebagai ‘Ah Kua’ yang bermaksud ‘pondan’.

Dalam video tersebut, ibu pelajar berkenaan berang apabila anaknya itu dirotan sehingga berbirat di lengan dan kaki.

Ibunya pula mendakwa kesan dari tindakan guru berkenaan menyebabkan tangan anaknya mengalami kesakitan sehingga tidak dapat mengangkat tangannya.

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Susulan video berkenaan, rata-rata netizen sangat marah dan kesal dengan tindakan ibu pelajar berkenaan yang mempertahankan anaknya itu dengan memarahi guru yang merotan.

Sedangkan guru berkenaan sudah menjelaskan punca dan sebab mengapa dia terpaksa merotan pelajar berkenaan.

Sumber:Ku Lihat Langit Biru

Ramai yang beranggapan sikap pelajar yang tiada adab itu sendiri lahir dari didikan ibu bapanya, dan tidak mustahil anaknya itu berkelakuan teruk di sekolah dan berani memanggil guru lelaki itu dengan gelaran pondan.

Sebaliknya pula, ada yang menyokong tindakan ibu berkenaan yang menularkan muka guru berkenaan supaya ada pihak yang lebih berhati-hati dengan guru tersebut.

Walaupun guru berkenaan dilihat salah memukul pelajar perempuan, namun kesalahan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan adalah teruk dan salah. Mana adab menghormati guru? Sepatutnya dia sebagai pelajar hormat guru yang mendidik bukan mencerca guru dengan perkataan yang tidak baik.

Salah Merotan Pelajar Perempuan, Wujud Akta Sah

Lebih mengejutkan adalah kenyataan daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Sumber:SAYS.com

Katanya, hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar.

Larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.

Kes Akan Disiasat

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan penyiasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

Sumber:Info Sebenar

Mengulas lanjut, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan menerapkan elemen budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Walaupun diterapkan budaya hormat-menghormati, nilai-nilai murni disekolah pun ia tidak akan memadai jika ibu bapa sendiri yang tiada nilai murni pada diri mereka.

Sepatutnya mencorakkan anak-anak ini dari rumah lagi kerana mereka ini mudah terikut-ikut dengan keadaan sekeliling terutama apa yang berlaku didepan mata mereka sejak kecil lagi.

Ajar Sendiri Anak Dirumah, Jangan Harapkan Guru

Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Emmet meluahkan pandangannya berhubung isu ini, dimana beliau juga pernah dimaki dan dipanggil dengan gelaran yang tidak sewajrnya.

Namun, beliau tidak merotan pelajara berkenaan tetapi panggilan itu sampai sekarang masih diingatinya.

Sumber:kulihatlangitbiru.com

Beliau juga mengingatkan ibu bapa jika tidak mengharapakan guru untuk mengajar disekolah, ajarlah anak-anak itu sendiri di rumah.

Pada guru, “just play safe”. Jangan kacau kalau rasa anak didik kita jenis tak dapat menerima teguran berkali kali. Tulis surat mengadu sahaja pada ibubapa mereka. Mereka nak bertindak atau tidak terpulang pada mereka.

“Tak payahlah cikgu rotan rotan sangat. Ini zaman revolusi industri 4.0. Kita buat sahaja ‘kerja mengajar’ kita.” ujarnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN