Sumber : Ohbulan.com

Aariz Harraz Zahin Azman berusia sembilan bulan disahkkan meninggal dunia pada jam 11.55 pagi dua puluh minit selepas alat sokongan hayat dihentikan selepas mendapat persetujuan daripada kedua ibubapa mangsa.

Aariz dikatakan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua belah matanya. Selain itu belah kiri kepala turut mengalami keretakan dipercayai kerana hentakan yang kuat.

Adik Aariz yang dikatakan menerima rawatan sejak 6 hari lalu tidak menunjukkan sebarang kemajuan dan dikatakan mengalami ‘ mati otak’ selepas dua ujian yang dijalankan ke atas mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Beratnya hati ibu bapa untuk melepaskan anak yang dilahirkan dan dibesarkan, namun kedua ibu bapa mangsa akhirnya akur dengan ketentuan Ilahi.

 

Alasan Mengalami Sakit Period Punca Adik Aariz Didera

Sumber : Ohbulan.com

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Januari lalu, mangsa yang diambil dari rumah pengasuhnya sudah berada didalam keadaan yang lemah.

Menurut hasil siasatan, suspek yang berusia 39 tahun itu mengaku bersalah dengan mengoncang bayi tersebut kerana tidak mahu berhenti menangis.

Suspek juga mengatakan dirinya tertekan kerana mengalami kesakitan kerana haid.

 

Sakit Teruk Ketika Datang Haid 

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita.

Ada diantara wanita juga mengalami senggugut teruk PMDD sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian.

Simptom utama yang dapat dilihat  antaranya resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • perasaan “luar kawalan”

Kemungkinan pengasuh tersebut mengalami simptom-simptom ini yang sepatutnya perlu disiasat juga.

 

Kes Didakwa Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit menyatakan bahawa kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan suspek sedang ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan.

Siasatan turut mendapati bahawa suspek tidak ada mendaftar secara sah untuk menjalankan aktiviti pengasuhan.

Jika disabit bersalah, suspek boleh dihukum gantung sampai mati.

 

Kes Penderaan Makin Meningkat, Jadi Apa Tindakan Pihak Berkuasa

Dalam mengimbau kembali tahun 2018, banyak kes-kes yang tidak terkira bilangan yang melibatkan samada penderaan fizikal ataupun seksual terhadap bayi dan kanak-kanak.

Adam Rayqal yang berusia 5 bulan dijumpai didalam peti sejuk dirumah pengasuhnya selepas dikatakan diculik oleh orang seorang lelaki. Mangsa yang dikatakan retak pada tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otak menjadi punca kematian.

Sehingga sekarang belum ada tindakan dan hukuman yang diambil dan status kes masih dalam perbicaraan. Selain itu, wujud pulak spekulasi bahawa kematian arwah Adam Rayqal bukanlah kes penderaan.

Rata-rata masyarakat mempertikai tentang tindakan yang diambil keatas penjenayah-penjenayah ini. Seolah-olah jenayah yang dilakukan tidak serius dan dipandang enteng.

Semoga kes kali ini mendapat perhatian sepenuhnya dan hukuman yang sewajarnya diberikan kepada penjenayah yang terlibat sekiranya didapati bersalah. Semoga keadilan untuk arwah Aariz Harraz dapat diberikan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah hukuman yang patut diberikan kepada pengasuh tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN