Siapa yang tidak kenal dengan Shukor Farhan Suliman, berumur 23 tahun, dan merupakan penyumbang pingat emas negara di Sukan Para Asean 2017 di Kuala Lumpur sebelum ini.
Namanya pernah dijulang suatu masa dahulu kerana berjaya mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan beliau sebagai para atlet untuk meraih pingat emas dalam acara berbasikal.
Dulu disanjung, dijulang kerana harumkan nama negara. Namun, kini hidupnya terumbang ambing selepas Majlis Sukan Negara (MSN) telah menamatakan kontraknya.
Jual Jambu Tepi Jalan Untuk Sara Hidup
Akibat keputusan MSN itu menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai atlet kebangsaan, sebaliknya terpaksa meneruskan kehidupan dengan menjual buah jambu dan terlibat dalam perniagaan gunting rambut.
Bukan rezeki untuk terus menjadi atlet dan beliau perlu teruskan kehidupan untuk mencari sesuap nasi. Rezeki Allah ini besar.
Siapa yang mahu bersara awal lagi-lagi perjuangan masih panjang lagi, tetapi apakan daya apabila bakat tidak lagi dipandang.
Ditamatkan Kontrak Kerana Masalah Disiplin
Shukor berkata, MSN memberikan 2 sebab kepadanya untuk tidak meneruskan kontrak sebagai atlet, iaitu kegagalan mencapai sebarang pingat dalam Sukan Para Asia 2018 dan masalah disiplin.
Beliau memang gagal di Sukan Para Asia di Jakarta tahun lalu. Sebabnya saingan beliau adalah juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik dari negara China dan Jepun. Beliau akui kelemahan dirinya.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh terima alasan masalah disiplin tersebut kerana selama terlibat dengan MSN, tiada masalah yang ditimbulkan.
Beliau sudah mewakili negara sejak umur 17 tahun lagi, tidak mungkin masalah disiplin wujud kerana beliau dikatakan bersungguh-sungguh setiap kali jalani latihan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, MSN tetap dengan pendiriannya dan menyatakan mereka mempunyai rekod namun tidak ditunjukkan.
Bila orang sudah tak mahu, macam-macam alasan diwujudkan, apa-apa pun diharapkan tiada masalah yang berpanjangan akan wujud kelak.
Sanggup Abaikan SPM Kerana Termakan Janji Manis MSN
Kata Syukor, sebelum ini beliau termakan janji-janji manis MSN sehingga ambil keputusan untuk tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada Sukan Para Asia di Korea Selatan.
Katanya, mula-mula memasuki MSN, beliau dijanjikan dengan bulan dan bintang. Semasa beliau berumur 17 tahun, jurulatih menasihatkan beliau untuk tidak ambil SPM kerana jarak peperiksaan sangat dekat dengan kejohanan peringkat Sukan Asia dahulu.
Sanggup korbankan akademik demi masa depan dalam bidang sukan. Akhirnya diabaikan oleh MSN sendiri.
Shukor berkata bagaimanapun kini berasa selesa dengan kehidupan barunya sebagai orang biasa tanpa sebarang publisiti media.
Namun beliau mengaku masih bergelut dengan kekangan kewangan selepas ditamatkan kontrak oleh MSN, lebih-lebih lagi bakal menyambut cahaya mata pertama bulan depan.
Shukor merupakan salah seorang daripada 5 atlet kebangsaan yang tidak disambung kontrak oleh MSN dan menyifatkan ia perkara luar biasa apabila begitu banyak yang tidak disambung kontrak setakat ini.
KBS Janji Jaga Kebajikan Atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjanji akan terus menambah baik urusan kebajikan atlet negara, termasuk selepas tamat daripada program sukan bersama MSN.
Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan bekas atlet paralimpik Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy yang dilaporkan hidup terumbang-ambing selepas ditamatkan kontrak oleh MSN.
Kata Syed Saadiq, beliau mendengar penjelasan yang diberikan oleh semua pihak. Keputusan ‘performance-based assessment’ dibuat oleh jawatankuasa dan ‘head coach’ setiap tahun.
KBS melalui MSN akan terus menambah baik urusan kebajikan atlet negara. Tetapi atlet tidak nampak jalan keluar daripada masalha yang mereka alami.
Janji ini sampai bila dan apa keputusan terbaik yang akan dilakukan dalam masa terdekat? Kalau setakat jani semua orang boleh taburkan janji.
Atlet Tidak Jelas Jaminan Menteri
Dalam pada itu, Shukor Farhan serta atlet yang ditamatkan kontrak hanya berpuas hati selepas berjumpa dengan Syed Saddiq, namun tidak jelas mengenai bantuan yang akan diberikan oleh KBS dan MSN.
Shukor berkata, beliau sendiri tidak jelas apakah bentuk bantuan dan jaminan yang akan diberikan pihak kementerian atau MSN hasil pertemuan itu.
Syukor berharap dalam perjumpaan itu adalah juga bantuan yang hendak dihulurkan seperti bantuan kewangan untuik memulakan perniagaan dan sebagainya. Tetapi tiada kata putus yang dibuat cuma jaminan sahaja yang diungkapkan.
MSN beri masa sebulan sahaja untuk cari penyelesaian selepas ditamatkan kontrak, jadi memang tidak cukuplah. Apa tindakan seterusnya pun masih tidak jelas.
KATA ORANG
Brader ni jual jambu dkt ttdi jaya tepi shell. Sedap gilo jambu dia. Tak sangka pulak ex atlet Malaysia. https://t.co/wNTTSNQuXO
— Ajiq (@Hzrq) January 26, 2019
Ss jadi kbs seperti taman tema kanak - kanak ...wen idiots offer d post inila jadi..#voicefromroot https://t.co/gpooe3OHMR
— whudaya (@whudaya) January 25, 2019
Menteri Belia dan Sukan @SyedSaddiq buat apa? Jaga la kebajikan atlet negara. Jangan asyik jaga Mahathir sahaja. @chedetofficial sudah kayahttps://t.co/liz2wLmc0k
— RameshRaoAKS****** (@RameshRaoAKS) January 25, 2019
pebenda keji sangat perangai MSN ni. adoi https://t.co/AbuEJK0QPf
— Kak Long Ijat (@ijatmare90) January 25, 2019