Belum sampai sebulan menjadi isteri, pelbagai isu timbul melibatkan Elfira Loy dengan kisah silamnya sebelum ini. Baru-baru ini, Syarikat Habib Jewels telah memuat naik gambar lama Sufian Suhaimi dengan Elfira ketika mereka diraikan sebagai pasangan dalam satu majlis tunang.
Kata kenyataan syarikat itu, tujuan asal mereka memuat naik gambar berkenaan adalah bagi meraikan Elfira yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu.
Semak Dahulu Sebelum Muat Naik Sebarang Gambar
Kesalahan sebegini tidak sepatutnya berlaku bagi syarikat yang besar dan terkenal. Barangan kemas mereka sangat dikenali di seluruh negara.
Banyak artis dan orang kenamaan menggayakan aksesori emas dan berlian dari Habib Jewels.
Ini kesalahan yang tidak boleh diterima dan pihak atasan Habib Jewels tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain pula.
Menurut syarikat menjual barangan kemas itu, kesilapan itu didapati dilakukan oleh kakitangan mereka yang bekerja di jabatan media sosial.
Gambar berkenaan memaparkan Elfira dan Sufian yang dirakam ketika mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 tetapi ikatan itu kemudian dibatalkan Febuari tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.
Bagaimanapun, melalui semakan gambar Sufian dan Elfira telah diturunkan daripada akaun Habib Jewels.
Mungkin Beri Kesan Kepada Elfira Dan Suami
Dengan paparan gambar ketika hari bahagia Elfira dan bekas tunangnya itu, ia serba sedikit memberi kesan kepada Elfira dan suaminya kini.
Selepas pertunangannya dengan Sufian berakhir, Elfira berkahwin dengan pemuda yang bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi bernama Muhammad Faris Khairol Anuar.
Sewajarnya pihak syarikat Habib Jewels peka dengan situasi ini, takkan kakitangan Habib Jewels tidak mendengar perkhabaran baru Elfira.
Perkahwinan yang baru dibina tidak sampai sebulan dipenuhi dengan isu-isu yang tidak sepatutnya.
Habib Jewels Sudah Mohon Maaf
Selepas kejadian itu, Habib Jewels telah memohon maaf secara terbuka di akaun Facebooknya berkenaan gambar salah yang telah dimuat naik.
Pada asalnya ia adalah untuk mengucapkan tahniah kepada Elfira. Bagaimanapun, mereka mengakui khilaf perbuatannya itu terhadap Elfira dan suaminya itu serta turut mendoakan kebahagiaan kepada pasangan itu.
Publisiti Murahan Habib Jewels Untuk Tarik Orang Ramai
Rata-rata netizen beranggapan tindakan Habib Jewels kononnya tidak mengetahui kakitangan mereka memuat naik gambar lama Elfira dengan Suhaimi sebagai tidak masuk akal.
Bagaimana Habib Jewels boleh terlepas pandang isu ini? Sedangkan mereka adalah syarikat yang besar dan pastinya perlu ada orang atasan yang ‘luluskan’ terlebih dahulu gambar itu sebelum dimuat naik di akaun mereka.
Sekarang nampaknya dunia buat silap dan kemudian mohon maaf. Nampak sangat ketara keadaan ini sedang berlaku di negara kita.
KATA ORANG
Tersalah Letak Gambar, Habib Jewels Mohon Maaf Pada Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi: Walaupun sudah seminggu majlis pernikahan Elfira Loy dan Faris K Anuar berlangsung, ia tetap menjadi bualan ramai. Kehangatannya masih lagi dirasai sehingga ada yang sudah… https://t.co/YX0gpJWrQV pic.twitter.com/2rLLuWN9jO
— Zuraidah Hamid (@zueeehamid) January 9, 2019
Bile gambar nikah elfira loy keluar dkt ig mulalah netizen comment "Dan takkk seharusnya aku" ,tag sufian suhaimi lah..yang sudah tu sudah lah ..lgpon kesianlah kat sufian tu die da move on org tag2 pic tu lah pic ni lah yg berkaitan gan elfira🤦Xfaham lah org2 mcm ni...
— [email protected]! ZAtUL.. (@maizatulafita) January 1, 2019
Orang cakap ig nie boleh bagitahu semua benda. Aku tadi saje lah usha ig elfira tuu macam dah takde ja gambar sufian. 🙊🙊. Gambar tunang pon macam takde. Ke aku silap 😅😅.
— FatinUmirah (@greenzfa) February 17, 2018
.
Nak follow gosip nie sebab dulu sufian dumps gf dia sebab elfira dan elfira terima! Ppfftt
Yang penting jangan reply DAN TAKKKKKKKK tiap kali elfira upload gambar. Kan sufian kan...
— Rose (@iamblackroseeee) January 2, 2019