Dalam kehidupan berkeluarga, adalah menjadi harapan bagi setiap wanita untuk memastikan suami sentiasa berada di sisi pada malam hari.

Bayangkan sekiranya jam 2 atau 3 pagi si suami masih lagi melepak di luar bersama rakan-rakannya, rasa takut dan tidak selamat bukan?

Itu tidak termasuk lagi sekiranya mempunyai anak kecil yang ramai. Pasti tidak menang tangan untuk menguruskan telatah si kecil yang bermacam ragam.

Dengan adanya suami di rumah pada malam hari, sekurang-kurangnya beban isteri dapat dikurangkan dengan melayani karenah si kecil.

Sumber: Pakcah

Suami Berhibur Isteri Tertekan Di Rumah

Bagi si suami, tatkala keluar melepak bersama rakan-rakan, ada kalanya terlewat sehingga melepasi waktu yang ditetapkan. Maklumlah, berjumpa dengan kawan-kawan ada kalanya banyak aktiviti yang ingin dilakukan. Bermain futsal, menonton bola, minum malam, bermain permainan dalam talian dan sebagainya.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di luar negara. Boleh dikatakan bahawa masalah ini merupakan masalah yang berlaku di serata dunia. B

agi si isteri, sudah pastinya tidak adil untuk mereka bukan? Sudahlah penat menguruskan hal di rumah, tidak sempat pula untuk menatap wajah suami sebelum melelapkan mata.

Pengenalan Sistem Punch Card Siap Ada Peraturan Dan Denda

Namun begitu, setiap masalah tetap ada jalan penyelesaiannya. Memetik artikel says.com, seorang isteri dari China, Kwong Wah telah mencipta sistem kad perakam waktu (punch card) di rumah bagi memastikan suaminya pulang awal. Ini memandangkan beliau sentiasa keseorangan pada malam hari ekoran suaminya kerap pulang lewat pada malam hari sehingga menyebabkan beliau terasa sunyi.

Sumber: Goodyfeed

Berdasarkan peraturan sistem punch card yang ditetapkan, suaminya perlu pulang sebelum jam 9 malam. Sekiranya lewat 30 minit dari masa yang ditetapkan, si suami akan didenda sebanyak 100 yuan (RM62). Tetapi sekiranya lewat melepasi 30 minit masa yang diperuntukkan, si suami perlu melakukan kerja-kerja rumah selama sehari suntuk pada hujung minggu.

Ini memandangkan sudah kerap kali si suami sering pulang lewat ke rumah, walaupun telah diperingatkan. Berkemungkinan besar, langkah ini terpaksa dilakukan memandangkan pelbagai cara lain telah digunakan namun tidak mendatangkan hasil.

Kalau Ke Pejabat Boleh Kenapa Tidak Di Rumah?

Menurutnya, jika sistem ‘punch card’ boleh menguruskan waktu kerja si suami di pejabat, maka si suami sepatutnya lebih pandai menguruskan masa di luar waktu kerja. Tetapi sebaliknya berlaku. Hal ini telah menyebabkan beliau turut memperkenalkan sistem ‘punch card’ di rumah bagi memastikan si suami pulang awal dan meluangkan masa bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, pengenalan sistem ini mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan warga maya.

Ada yang beranggapan ia seolah-olah seperti mengekang kebebasan seseorang. Dalam masa yang sama ada juga yang menyokong langkah ini dengan mahu mempraktikkan sama sistem ini di rumah masing-masing.

Malam Adalah Waktu Bersama Keluarga

Sebenarnya tidak elok suami kerap pulang lewat ke rumah, lebih-lebih lagi pada malam hari. Malah dalam agama Islam sendiri, waktu siang adalah waktu yang diperuntukkan untuk mencari rezeki manakala pada waktu malam pula telah diperuntukkan waktu untuk bersama keluarga. Lainlah sekiranya tugas suami sememangnya mencari rezeki pada malam hari, maka boleh dimaafkan.

SumberL Majalah Pama

Sebagai suami, anda sepatutnya tahu batas-batas anda sebagai seorang yang telah berkeluarga. Tidak salah meluangkan masa bersama rakan-rakan, namun perlu ada batas waktu. Percayalah, anda tidak akan mati sekiranya tidak keluar sehari dua berjumpa rakan-rakan.

Tumpukan masa yang secukupnya bersama ahli keluarga. Ingatlah, mereka perlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN