Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah kurap sudah pasti sukar untuk menanganinya bukan. Dengan menimbulkan rasa gatal, ia mengganggu urusan dan aktiviti seharian kita. Kurap atau ‘ringworm’ merupakan sejenis penyakit kulit yang amat gatal apabila digaru.

Sumber: Bidadari.my

Punca Kurap

Memetik artikel The Asian Parent, penyakit kurap berlaku disebabkan infeksi bakteria yang berkembang dalam lapisan kulit. Kebiasaannya kurap akan berbentuk seperti ruam merah yang bulat seperti cincin dan boleh tersebar melalui haiwan atau sentuhan kulit manusia yang dijangkiti.

Selain itu, kurap boleh tersebar melalui benda atau permukaan yang telah disentuh oleh individu atau haiwan yang telah dijangkiti seperti pakaian, sikat, tuala dan lain-lain. Memegang tanah kotor dengan kerap juga berisiko untuk dijangkiti kurap.

Golongan Yang Berisiko

Berdasarkan laporan Sinar Harian, penyakit ini sering terjadi kepada manusia yang tidak sihat, namun begitu bagi mereka yang mempunyai sistem imun tubuh badan yang lemah, juga berisiko untuk mendapat penyakit ini. Contohnya ialah, kanak-kanak, warga emas, penghidap kencing manis, pesakit buah pinggang, pesakit AIDS dan HIV.

Antara kawasan anggota badan manusia yang sering dijangkiti kurap ialah bahagian kemaluan, kaki, kulit kepala, rambut dan kuku.

Cara Menghilangkan

Bagi mereka yang malu untuk mendapatkan rawatan di klinik, banyak petua boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah menggunakan bawang putih dengan menghancurkannya dan disapu dengan minyak zaitun sebelum dilumur ke bahagian yang dijangkiti.

Sumber: Tribunnews

Begitu juga dengan penggunaan daun lidah buaya, cuka epal dan minyak kelapa yang hanya perlu dilumur sahaja di kawasan kulit yang dijangkiti kurap. Khasiat yang tinggi dalam ketiga-tiga bahan tersebut diyakini membantu membunuh sel kuman pada kulit manusia.

Namun begitu percayakah anda, rumput juga boleh digunakan untuk merawat kurap? Perkara ini telah dikongsikan oleh Syeera Azhar di laman media sosialnya.

Rumput Sambau Mampu Atasi Masalah Kurap

Menerusi perkongsiannya, rumput sambau perlu dicabut dengan bahagian akar dan dibasuh sehingga bersih. Dengan menggunakan bancuhan bedak sejuk, akar rumput sambau perlu digunakan untuk sapu di bahagian kulit yang dijangkiti kurap.

Mungkin ramai yang baru mengetahui hal ini bukan? Tatkala kita mencari pelbagai petua bagi mengubati penyakit ini, sebenarnya ia boleh dilakukan secara mudah, malahan rumput sambau juga boleh didapati di mana-mana sahaja memandangkan ia tumbuh secara liar.

Sumber: Photobucket

Bagi mereka yang tinggal di kawasan pangsapuri atau kondominium sekalipun boleh mendapati tumbuhan ini yang tumbuh di persekitaran parkir bertanah ataupun di tepi-tepi tembok sempadan.

Disebalik tumbuhan liar yang dilihat tidak bernilai ini, tuhan telah ciptakan pelbagai manfaat untuk kegunaan manusia. Maka benarlah, setiap tumbuhan yang tuhan ciptakan di muka bumi ini ada kegunaannya tersendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sudah lamakah anda mengetahui rumput sambau mampu atasi masalah kurap?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN