Ramai dikalangan rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada penipuan atas talian. Malah aktiviti penipuan atas talian ini juga semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Ada sahaja perniagaan-perniagaan baru diperkenalkan atas talian termasuk skim cepat kaya. Kebanyakkan rakyat Malaysia akan cepat terpedaya dan gelap mata dengan janji-janji manis yang melibatkan wang.

Modus operandi penipuan ini juga bijak dengan menggunakan pelbagai cara untuk memperdaya mangsa termasuk mempamerkan aset atau harta mereka untuk meyakinkan pelabur-pelabur ini.

Walaubagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga kan? Ini yang berlaku kepada satu aplikasi dalam talian, Jutawan App yang dipercayai scam dan pengasasnya di kesan menipu gambar yang dipamerkan di website tersebut.

 

Gambar Photoshop

Seorang individu yang merupakan pereka grafik telah mendedahkan bahawa gambar yang dimuatnaik pengasas aplikasi dalam talian Jutawan App di laman web mereka adalah palsu dan disunting menggunakan aplikasi suntingan gambar Photoshop.

Sumber: theVocket

 Katanya, sekali pandang, anda mungkin tidak akan mengesyaki apa-apa, tetapi jika diamati betul-betul, setiap gambar tersebut adalah hasil suntingan.

Pengasas aplikasi tersebut, Mohd Afiq Danial telah memuatnaik gambarnya bersama isteri dan anak dihadapan sebuah rumah banglo dan sebiji kereta mewah jenama Porshe.

Pereka grafik yang dikenali sebagai Rahman Roslan itu berkata, jika benar kereta dan rumah itu milik mereka, lebih baik muat naik gambar geran untuk orang lebih mempercayainya.

Jika difikirkan secara logik, kebiasaannya orang yang berjaya atau kaya jarang menunjuk atau mempamerkan kekayaan mereka secara umum.

 

Sah Jutawan App Scammer

Rupa-rupanya aplikasi dalam talian Jutawan App ini memang diketahui ramai merupakan aplikasi penipuan dalam talian. Perkara itu juga telah didedahkan oleh salah seorang pengikut halaman Facebook  Ponzi Scheme Alert in Malaysia.

Beliau turut menyatakan ciri-ciri penipuan yang dapat dilihat di aplikasi Jutawan App ini antaranya  mereka cuma mencanangkan cerita mengenai duit dan untung sahaja tetapi tidak menceritakan system untuk memperolehi wang tersebut.

Yang kedua,  website aplikasi tersebut tidak mempunyai alamat syarikat, nombor pendaftaran syarikat, nombor telefon untuk dihubungi, mahupun emel. Seolah-olah ia syarikat bunian.

Selain itu, beliau juga mendakwa harga aplikasi tersebut mahal tetapi tiada fungsi yang ditetapkan selain hanya tetapan.

Yang paling ketara apabila jutawan app tersenarai oleh bank negara Malaysia sebagai amaran penipuan.

 

Penipuan Dalam Talian Aduan Pengguna Paling Tinggi

Kes penipuan perniagaan dalam talian dilihat semakin membimbangkan malah menduduki tempat pertama carta aduan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata bagi tahun ini, pihaknya menerima kira-kira 2,500 aduan pengguna dengan 26.2 peratus daripadanya aduan penipuan perniagaan dalam talian.

Beliau dipetik berkata, sektor perniagaan dalam talian ketika ini semakin berkembang dan jika masalah penipuan tidak dibendung ia akan menjejaskan hasrat kerajaan merancakkan bidang ekonomi digital.

 

Usaha Kerajaan Untuk Banteras Penipuan Dalam Talian

Bagi membendung masalah ini, KPDHDEP meningkatkan penguatkuasaan, selain turut memperkenalkan BizTrust bagi mendaftarkan setiap syarikat menjalankan perniagaan dalam talian.

Saifuddin berkata, kira-kira 3,000 syarikat sudah berdaftar dengan BizTrust dan menyasarkan lebih banyak syarikat membuat pendaftaran kerana mereka akan mendapat pelbagai manfaat berguna.

Diharapkan selepas ini gejala penipuan di dalam talian dapat dibanteras secara total dan para peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang sah.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dalam subsektor perkhidmatan dobi, tekstil, tukang gunting rambut serta tukang emas ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN