Mungkin ramai yang tidak mengenal penyanyi yang berasal dari Limbang Sarawak, iaitu Rendy Faliq. Kalau dilihat pada rupa Rendy seperti orang Melayu, malah ramai yang mempercayai Rendy adalah beragama Islam.

Sumber:URTV

Tetapi sebenarnya Rendy Faliq atau nama sebenarnya ialah Andy Baru Francis adalah seorang kristian.

Ekoran nama yang digunakannya itu, ramai pihak tidak berpuas hati sehinggakan ada yang mengancam untuk membunuhnya. Kenapa kejam sangat rakyat Malaysia untuk menghukum begini?

 

Tujuan Komersial Sahaja

Rendy menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak ada niat langsung untuk mempermainkan Islam atau menyimpan niat serong apabila tampil menggunakan nama Muslim.

Nama itu digunakan untuk pentas sahaja dan untuk komersialkan lagu-lagunya sahaja.

Rendy menjelaskan, dia hanya mula menggunakan nama komersial itu sejak akhir tahun lepas apabila muncul buat pertama kali dengan single Kata Hatiku – runut bunyi untuk drama popular Lelaki Kiriman Tuhan – selepas beberapa tahun menyepi dari radar hiburan.

Lagu ini telah menaikkan nama Rendy kerana drama tersebut mendapat tontonan yang sangat ramai. Ini masanya Rendy cuba mencipta kembali namanya di persada seni tanah air.

Ramai juga artis lain turut menggunakan nama lain untuk komersialkan dirinya untuk orang ramai lebih mengenali artis tersebut.

Malah ada yang gunakan nama yang lain terus dari nama sebenar. Rasanya tak ada masalah pun untuk tukar nama apa sekalipun. Asalkan ia sedap didengar dan peminat lebih mengenali artis berkenaan.

Masyarakat hari ini suka menghukum orang tanpa bukti dan alasan yang kukuh. Ikut perasaan dan emosi sahaja.

 

Rendy Hormat Islam

Sebelum itu katanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai Andy Baru apabila muncul dalam pertandingan Bintang RTM pada 2004.

Rendy berharap penjelasan yang diberikan dapat menghapus kekeliruan peminat mengenai status agamanya.

Bagaimanapun, kata Rendy, seboleh-bolehnya dia akan cuba menjelaskan mengenai perkara sebenar berkaitan pegangan agamanya sekiranya keadaan memerlukan.

Sumber:Malaysiakini

Meskipun bukan beragama Islam, Rendy berkata dia tetap menghormati batas yang ada dalam agama itu.

Malah, katanya lagi, dia menghormati Islam dan semasa hadir di Rumah Titian Kaseh sebelum ini, dia tidak bersalaman dengan anak-anak yatim perempuan.

Diharap kekeliruan ini sudah terungkai dan masyarakat juga perlu lebih berperikemanusiaan.

 

Orang Peluk Islam Pun Tak Perlu Tukar Nama

Pendakwah antarabangsa dari India, Dr. Zakir Naik pernah menjawab soalan mengenai isu ini.

Jawabnya, Islam tidak mewajibkan orang yang baharu memeluk meletakkan nama bapanya sebagai Abdullah tetapi sebaliknya perlu menggunakan nama asal ba­panya sendiri walaupun bukan nama Islam.

Sumber:indiatoday.in

Dalam Islam, nama keluarga dan nama bapa adalah penting sebagai rujukan asal usul seseorang itu dan nama bapa tidak perlu ditukar kepada Abdullah melainkan bapanya sendiri menukar nama kepada Abdullah.

Mungkin ini budaya yang biasa diamalkan di Malaysia namun sebenarnya dalam Islam, adalah tidak diwajibkan untuk menukar nama bapa kepada Abdullah. Jika bapanya Andrew, ia seharusnya kekal sebagai Bin atau Binti Andrew.

Namun begitu, menggunakan nama Islam digalakkan kerana ia dapat memberi gambaran dan penjelasan kepada orang lain bahawa dia adalah Islam dengan berpandukan kepada nama.

Nama tidak memesongkan akidah seseorang,nama hanya sekadar nama sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, salahkan guna nama muslim bagi orang bukan Islam?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN