Penyalahgunaan bahan letupan atau “bom ikan” dalam aktiviti menangkap ikan untuk industri perikanan mahupun persendirian merupakan isu dan permasalahan yang sukar untuk diselesaikan.

Bukan itu sahaja, kaedah ini akan menjejaskan industri perikanan, ekosistem marin dan sudah pastinya menyalahi undang-undang serta menjejaskan industri pelancongan, industri carigali minyak di laut serta membahayakan nyawa orang yang menggunakannya.

sumber: kabarnews

 

Rahsia Plastik Hitam Terbongkar

Baru-baru ini telah gempar seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut terkena bom ikan ketika menangkap ikan.

Difahamkan, mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan itu bersama tiga ahli keluarganya di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Terengganu.

Sebelum kejadian berlaku, kata Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris memberitahu semasa mereka hendak menaiki sampan, mangsa dilihat memegang satu plastik hitam dan mangsa tidak memberitahu apakah isi dalamnya kepada ahli keluarga yang turut bersama sama mangsa pada ketika itu.

Mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz yang berusia 32 tahun yang mengalami kecederan di perut, muka, dan kedua-dua belah tangannya itu disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sri Langkap kira-kira jam 3.30 petang.

 

Jadi Iktibar Kepada Semua

Penggunaan bom ikan sudah jelas menyalahi undang-undang serta membahayakan keselamatan orang sekeliling serta kepada diri yang menggunakannya.

sumber: merahputih

Sudah banyak kes yang melibatkan penggunaan bom ikan ini tetapi kegiatan ini sukar dibendung oleh pihak berkuasa.

Walaupun pihak kerajaan telah membuat undang-undang, tetapi masih ada lagi yang berdegil untuk menggunakan bom ikan demi mengaut keuntungan.

Dalam kejadian ini, hendaklah kita semua mengambil iktibar dan jadikan sebagai peringatan bahawa menggunakan bahan letupan seperti bom ikan adalah amat bahaya dan kejadian ini sedikit sebanyak telah memberi persepsi yang tidak baik kepada pihak ATM.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar jika mereka yang ditangkap menggunakan bom ikan ini dikenakan hukuman yang berat bukan sekadar denda sahaja?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN