Setiap orang pasti mengimpikan rumah sendiri namun tidak semua yang mampu untuk membeli rumah ketika ini terutamanya orang bujang yang lebih sesuai untuk menyewa.

Dan sebagai tuan rumah, pasti menginginkan penyewa yang bertanggungjawab supaya dapat menjaga rumahnya dengan baik.

Tetapi lain pula kisahnya dengan seorang tuan rumah ini yang hanya mahukan penyewanya berkerja kerajaan dan bergred 41 keatas.

Perkara tersebut telah didedahkan seorang pengguna Twitter yang ingin dikenali sebagai Ikhwan Sooaidi (@ikhwansooadi).

 

Hanya Gred 41 ketas Boleh Sewa

Menurut Ikhwan, beliau telah menghantar pesanan ringkas kepada individu yang mengiklankan bilik kosong tersebut tetapi jawapan yang diterimanya agak mengejutkan dan menjengkelkan apabila menyatakan bilik tersebut telah diberi sewa kepada penjawat awam bergred 41.

Jelasnya, menerusi iklan yang dipaparkan dalam satu laman web untuk mencari bilik sewa, orang yang menawarkan sewaan itu tidak memaklumkan status gred diinginkan untuk menjadi rakan serumah.

Malah individu tersebut telah mengesyorkan rumah rakannya tetapi penyewanya perlu bergred 41 keatas. Individu tersebut juga memberi amaran kepada Ikhwan supaya tidak menipu mengenai gred jawatannya.

 

 

Walaubagaimanapun, Ikhwan menolak cadangan tersebut dan menyatakan dia tidak bagus untuk berada di gred berkenaan.

Ikhwan yang sudah berkhidmat empat tahun sebagai kakitangan kerajaan juga berkata, rumah itu bukan kuarters kerajaan dan tidak mengetahui secara lanjut sama ada individu itu pemilik atau penyewa.

 

Diskriminasi Gred Pekerja

Ikhwan turut menyifatkan tindakan individu berkenaan boleh dianggap mendiskriminasi golongan gred tertentu memandangkan kebiasaan jawatan seseorang itu hanya membabitkan situasi ketika bekerja saja.

Ikhwan berkata, sepatutnya apabila seseorang itu berada pada kedudukan tinggi dalam organisasi dia perlu peka dengan orang bawahan dan bukan hanya ingin bergaul sesama mereka saja.

Jelasnya, mungkin situasi yang dialaminya melibatkan segelintir saja kerana terdapat rakan sepejabatnya berjawatan tinggi tetapi tak pula bersikap sedemikian.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Ikhwan tinggal bersama rakan di sekitar Putrajaya, bagaimanapun, pemilik kediaman ingin mengambil semula dan mereka perlu keluar.

 

Netizen Tidak Puas Hati

Hantaran tersebut telah mendapat 159 retweets dan 110 likes di Twitter setakat ini dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan individu yang dianggap berlagak itu.

Ada yang menyatakan seolah-olah mereka yang bergred rendah ini seperti tiada harga diri.

Malah ada juga yang berkata tidak ada guna sekiranya bergred tinggi tetapi pengotor.

 

Walau apa pun alasannya, tidak sepatutnya untuk menilai seseorang itu berdasarkan pangkat atau gred yang dijawatnya. Apa yang lebih penting adalah adab seseorang itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah syarat yang ditetapkan itu logik?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN