Peperangan antara pemandu teksi dan Grabcar sudah pun berlanjutan sejak tiga tahun yang lepas. Peperangan tersebut mula pada tahun 2015 pada awal kemunculan Grabcar.

Pengguna lebih menggunakan servis Grabcar berbanding servis pengangkutan teksi atas dasar harga berbeza antara dua perkhidmatan tersebut.

Oleh demikian, pemandu teksi rasa terancam dengan adanya perkhidmatan Grab kerana kekurangan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Teksi dan Grabcar 

Melihat perkara ini dari sudut pandangan pengguna, sebelum kemunculan Grab, pengguna hanya bergantung pada perkhidmatan teksi.

Namun, pengguna teksi sering mengeluh atas sebab harga yang dikenakan oleh pemandu teksi tidak berpatutan.

Malah isu yang sering pengguna mengadu adalah kedegilan pemandu teksi untuk menggunakan sistem meter dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak menggunakannya. Oleh demikian, pemandu teksi akan menaikkan harga yang melampau.

Ini menjadi antara sebab penumpang lebih memilih perkhidmatan Grab berbanding teksi. Ada kalanya pemandu teksi menolak permintaan penumpang untuk ke sesuatu destinasi dengan memberi alasan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Kelakuan begini membuatkan penumpang kecewa dengan perkhidmatan teksi.

Grab merupakan satu syarikat perkhidmatan pengakutan yang berasal dari Singapura. Perkhidmatan Grab telah menawan hati pengguna dengan kesenangannya dan harganya yang berpatutan.

Grab dapat diguna dengan memuat turun aplikasinya ke telefon pintar dan pengguna hanya perlu menaipkan destinasi yang dituju.

Sumber: Grab

Malah apabila harga antara teksi dan Grab dibandingkan oleh pengguna, didapati harga Grab lebih murah berbanding teksi.

Aplikasi Grab juga menawarkan pelbagai ganjaran seperti diskaun yang membolehkan penggunanya menggunakan perkhidmatan pada harga yang lebih murah. Malah pemandu Grab tidak akan menolak permintaan penumpang untuk ke mana-mana destinasi.

Peperangan Teksi dan Grab

Apabila munculnya perkhidmatan Grab, ia mencetuskan kemarahan terhadap pemandu teksi.

Ini kerana lebih banyak pengguna menggunakan perkhidmatan Grab berbading teksi atas sebab perkhidmatan Grab lebih mesra pengguna dan harganya bagi setiap perkhidmatan lebih berpatutan.

Oleh demikian, pemandu teksi merasakan bahawa perkhidmatan Grab mengganggu “periuk nasi” mereka.

Sumber: Amanz

Dengan itu, pemandu-pemandu teksi membuat keputusan untuk menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan bertindak secara ganas dan protes terhadap pemandu-pemandu Grab.

Namun tindakan mereka membuatkan pengguna perkhidmatan  tersebut lebih memilih perkhidmatan Grab daripada teksi lebih-lebih lagi selepas melihat gelagat pemandu teksi.

 

KATA ORANG 

Namun, reaksi orang awam di sosial media menunjukkan rasa tidak puas hati pada pemandu teksi. Orang umum meluahkan rasa geram dan marah pada gelagat pemandu teksi yang bertingkah laku seperti samseng jalanan.

KATA ANDA 

Adakah korang rasa perkhidmatan Grab ‘tutup’ periuk nasi pemandi teksi
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN