Perdebebatan hebat antara Datuk Dr.Musa dan seorang doktor freelance dikenali Dr. Huda tentang isu vaksin ketika menjadi tetamu undangan untuk satu program bual bicara di stesen TV AlHijrah menjadi bualan orang ramai dan turut menerima kritikan dari pelbagai aspek.
Bukan sahaja dikalangan orang biasa malah isu anti-vaksin ini turut menerima respon dari golongan profesional. Jika didalami secara kasar, pasti ramai yang tidak faham kenapa dan mengapa seseorang anak itu perlu menerima suntikan vaksin.
Dinegara kita, suntikan vaksin adalah wajib diambil oleh bayi dan kanak-kanak berfungsi untuk meningkatkan tahap imunisasi badan mereka seterusnya meningkat potensi untuk tidak terkena sebarang penyakit dengan mudah.
Kenapa Perlu Vaksin?
Apa yang membimbangkan ialah sesetengah ibubapa mengambil isu ini sambil lewa dan tanpa sedar meletakkan diri anak mereka didalam risiko mudah berjangkit sebarang penyakit dengan bayi,kanak-kanak dan orang lain.
Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dijalankan dengan tujuan untuk mengurangkan potensi bayi dan kanak-kanak daripada terkena 12 penyakit iaitu antaranya difteria, beguk, HPV, demam campak, rubella, tetans, polio, batuk kokol dan lain-lain.
Apa Punca Mereka Tolak Vaksin?
Dec 2018, seorang ibu berkongsi kerisauannya apabila permohonan persekolah anaknya ditolak oleh pihak sekolah kerana masalah jadual imunisasi anaknya yang tidak lengkap.
Yang menjadi tanda tanya apa yang menyebabkan sesetengah ibubapa memilih untuk tidak mengikuti program imunsasi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
Apa yang rata-rata diperjuangkan ialah isu AEFI ( Adverse Events Following Immunisation) yang dikatakan boleh membuatkan seorang kanak-kanak lumpuh selepas vaksin polio namun puratanya hanyalah 1 : 2.5juta.
Dengar Dan Selidik, Itu Cara Terbaik
Isu vaksin ini menerima banyak respon samada dari pihak yang menyokong ataupun menolak suntika vaksin. Melalui perkongsian seorang individu di laman facebook, dia mencadangkan agar isu ini diterima secara terbuka oleh pihak doktor dan Kementerian Kesihatan.
Yang pastinya, pasti ada sebab kenapa sesetengah ibubapa menolak suntikan vaksin untuk anak mereka. Mungkin anak-anak mereka pernah mendapat kesan yang terus selepas mendapat vaksin.
Daripada kita terus-menerus berbalah dalam membuktikan siapa salah dan siapa benar, adalah baik jika pihak Kementerian Kesihatan menerima pendapat mereka yang menolak penggunaan vaksin dan mengkaji dengan lebih mendalam dan teliti bagi menyelesaikan spekulasi dan dakwaan yang mengelirukan ini.
Tidak dinafikan terdapat beberapa kesan sampingan yang akan dialami oleh penerima suntikan vaksin seperti deman dan ruam. Namun begitu biasanya kesan ini bersifat sementara dan akan hilang dalam beberapa hari.
KATA ORANG
Pro anti-vaksin and flat earthers ni kan i rase macam out of the box sikit pemikiran dorang. Like they make sense but only if you don’t know the other side of the story. But I’m yet to meet one personally 😂 mesti rare kalau berborak dengan dorang hahahahah
— Yoshie (@yosmethaM) 17 February 2019
Dr huda suppose buat research lebih pd AEFI.die seorg doktor so die tau tntang kelebihan dn kekurangan vaksin..ldie sepatutnye pro vaksin dn dlm mase yg same die patut kaji AEFI jugak spya in future effect tu dpt diatasi. kalo x, kes2 terpencil adverse effect sape nk fight
— loralovex (@loralovex) 17 February 2019
Resume and cv kena nyatakan sama ada anda pro vaksin atau anti-vaksin. Senang nak filter masuk company.
— myo (@mxyxo_) 16 February 2019
Just watched a debate of Pro Vaccine and Anti Vaccine. In the end, Dr Huda (Anti vaccine) agreed that vaccine is needed cuma dia pesan jangan sombong dgn vaccine, tapi kena percaya kepada Allah. Sis, mmg kita pcaya but iman tanpa perbuatan is useless. Kita bagi vaksin, kita doa,
— Lydrielyn Koh (@lydrielyn_koh) 15 February 2019