Dari sebuah parti politik yang kaya, kini nasib parti UMNO seperti telur di hujung tanduk. Ia gara-gara sumber kewangan parti tersebut telah dibekukan oleh beberapa tindakan perundangan. Bukan sahaja dibekukan, malah ada aset-aset penting UMNO juga telah disita kerana dituduh terlibat dengan aktiviti penggubalan wang haram.

Memetik laporan Sinar Harian, pengenalan tabung derma telah diumumkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mungkin ada yang terkesima, mungkin ada yang terkedu dan ada juga menutup muka menahan malu. Tetapi itulah lumrah perjuangan.

Sumber: Twitter

Nak Berjuang Kena Ada Duit

Perjuangan bukanlah sekadar perlaksanaan kata-kata sahaja tetapi memerlukan wang ringgit untuk bergerak. Mana mungkin segala perkara hari ini boleh dilakukan secara percuma. Percayalah, sehebat mana pun kata-kata oleh orang politik, tetap juga memerlukan sumber kewangan untuk hidup.

Buktinya, dalam situasi parti yang menjadi papa, satu demi satu orang kuat UMNO berpaling tadah dengan menyertai parti-parti kerajaan. Sudahlah menjadi parti kerajaan, menghina pula rakan-rakan lama. Kalau sudah terbiasa hidup mewah, masakan pula hendak merasai kesukaran. Inilah bahana sekiranya sering bermewah-mewah dalam penganjuran program parti.

Sumber: Utusan

Tabung Dana UMNO

Disebabkan kekangan kewangan, buat pertama kalinya UMNO melancarkan tabung derma. Tabung tersebut dinamakan sebagai Tabung Dana UMNO. Ia diwujudkan sebagai satu langkah memastikan kelangsungan β€˜hidup’ parti tersebut bagi melakukan aktiviti-aktiviti parti dan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Tabung Dana UMNO? Mungkin agak canggung bagi kita yang mendengarnya. Tetapi itulah senario yang perlu dihadapi oleh parti UMNO pada masa kini. Sungguhpun begitu, ada sesetengah pihak yang beranggapan ia merupakan pengajaran berguna kepada parti yang terlalu angkuh dengan kekuasaan sebelum ini.

Jika dahulu mengeji rakan ta’awun mengutip derma menggunakan tin milo, nampak gayanya kali ini mereka akan bersama-sama mengusung tin bagi mengutip derma. Dalam masa yang sama, ramai juga yang sedang memerhati, sejauh manakah rakyat mampu mempercayai orang-orang UMNO untuk mengutip derma.

Walaupun Zahid mengatakan akan ada badan professional yang akan menguruskan tabung berkenaan, adakah beliau mampu menjamin sumbangan tersebut dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya atau hilang entah ke mana?

Sumber: Finance Twitter

Kena Belajar Dari Pas

Justeru, sebagai rakan ta’awun, belajarlah daripada Pas. Bukan belajar untuk menjadi pembangkang selama-lamanya, tetapi belajarlah cara-cara mengutip derma daripada ahli. Tidak ada gunanya UMNO yang mempunyai keanggotaan seramai 3 juta orang gagal membantu parti dikala parti dalam keadaan sukar.

Yang jelas, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Budaya baru ini perlu dipasakkan dalam minda setiap ahli UMNO. Kalau dulu parti menyumbang kepada ahli, kini giliran ahli menyumbang semula kepada parti. Persoalannya, bersediakah mereka?

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah ahli-ahli UMNO akan sama-sama membantu parti?
15 votes · 15 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN