Sedih dan pilu apabila melihat gelagat anak muda kita pada hari ini yang sudah tidak ada lagi harga diri dan tidak ada lagi adab sopan dalam kehidupan seharian mereka.

Masalah keruntuhan akhlak ini bukanlah tertumpu kepada orang Melayu sahaja, tetapi kepada semua rakyat Malaysia walaupun hakikatnya memang ramai anak muda Melayu terlibat dengan masalah sosial pada hari ini.

Masalah sosial dalam kalangan generasi muda hari ini bukan sekadar mengenai pergaulan bebas sahaja tetapi melibatkan juga perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan juga norma masyarakat.

 

Generasi Muda Mudah Terpengaruh

Generasi muda hari ini semakin hari semakin berani dan tidak mempedulikan apa jenis undang-undang apatah lagi hukum agama sehingga mereka dilihat cenderung dengan trend terkini sebagai contohnya rokok elektronik (nanostick).

sumber: sinar harian

Baru-baru ini, tular sebuah gambar di mana seorang pelajar yang dipercayai pelajar sekolah rendah dilihat menghisap rokok elektronik di khalayak umum tanpa ada rasa segan dan silu.

Bukan itu sahaja, paling mengejutkan seluruh rakyat Malaysia tempoh hari di mana seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun sudah berani melakukan perbuatan rogol yang difahamkan berpunca daripada ketagihan selepas menonton video lucah.

 

View this post on Instagram

Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club. Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari😭. . Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz,kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak. Kami berzina, mabuk,ambil pil &dadah.Boleh solat tak. Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya😭 . Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal. Ada yang ayah garang kuat belasah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum . 4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mabuk menjerit-jerit. 😭Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium. Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat. Macam dekat amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabt rhum esok. Maafkanlah diriku ya Allah. . Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Sayang dan kasihan mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat,dadah, tak solat . Pohon doakan yer😭 #jomdaftarkeluargasunnah #www.keluargasunnah #jom subscribe youtube ebit lew #AdaDiBio

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

Menerusi laman Instagram pendakwah bebas, Ebit Lew baru-baru ini ada memuat naik satu posting di mana beliau sedih dengan apa yang terjadi pada generasi muda yang membanjiri kelab-kelab malam dan kebanyakkan anak-anak muda.

Walaupun isu ini bukanlah isu baharu,namun kesan terhadap terpengaruh kepada sesuatu perkara menjadikan generasi muda hari ini semakin hari semakin hanyut masih relevan dibincangkan demi masa depan generasi kini dan juga akan datang.

 

Semua Salah Cikgu!

Generasi muda pada hari ini boleh dilabelkan sebagai generasi ‘manja’ dan ‘hati tisu’ kerana langsung tidak boleh ditegur, tidak boleh dihukum walaupun dijentik.

sumber: saudagar kunyit

Hari ini, sudah tidak pelik jika mendengar berita berkenaan guru sekolah dipukul, diserang ibu bapa dan dimaki hamun oleh murid-murid di sebabkan seorang guru menjalankan tugasnya sebagai pendidik.

Dahulu, anak-anak cukup memandang tinggi martabat seorang guru di sekolah, kini guru-guru pula takut untuk menegur pelajar dan rasa hormat pelajar kepada guru juga sudah hilang malah dilayan seperti rakan-rakan mereka.

sumber: kicap susu

Alangkah peliknya dunia hari ini di mana murid yang bekelakuan biadap langsung tidak boleh ditegur dan sebaliknya guru pula yang dipersalahkan oleh ibu bapa.

 

‘Bapak Yang Bersalah Dalam Hal Ini’

 

 

Jika anda masih ingat Filem Anakku Sazali yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sememangnya banyak pengajaran dan kisah tauladan yang boleh diambil.

Kisah seorang ayah membesarkan anaknya Sazali dengan penuh kasih sayang sehingga terlalu dimanjakan dan akibatnya anaknya pandai bercakap bohong, menjadi ketua gangster dan bermacam-macam jenayah yang dilakukan.

Rasa sayang kepada anak bukanlah dengan memenuhi segala permintaannya kerana anak mungkin baik di hadapan kita namun berbeza tingkahlakunya di belakang kita.

Melentur buluh biarkan dari rebungnya, bukan apabila anak sudah dewasa baru terfikir untuk menghukum kerana pada waktu itu hati anak-anak mungkin sudah menjadi keras.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Berkenaan dengan isu ini, wajarkah seorang guru dipersalahkan?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN