Dunia hari ini semakin banyak teknologi yang direka untuk memudahkan kehidupan seharian manusia termasuk ketika di dalam bilik air.

Kini tidak lagi perlu menggunakan getah paip untuk membasuh punggung anda selepas membuang air besar, penggunaan  tisu juga dapat dijimatkan dengan adanya pengering tangan dan paip air di sinki juga sudah mempunyai sensor supaya pengguna tidak mengotorkan paip.

Walaupun begitu, sejauh manakah kita sebagai manusia memanfaatkan teknologi yang ada? Adakah digunakan dengan baik atau masih tidak boleh menerima teknologi sedia ada dan lebih suka dengan cara lama?

 

Mesin Pegering Tangan Ada Pelbagai Guna Rupanya…

Penggunaan tisu di bilik air untuk mengeringkan tangan dilihat seperti tidak begitu praktikal kerana memerlukan kos yang lebih banyak disebabkan tisu yang digunakan akan dibuang dan perlu sentiasa diganti.

sumber: hello sehat

Oleh itu, telah timbul satu inovasi baharu yang boleh digunakan untuk menggantikan tisu iaitu pengering tangan automatik.

Menurut sumber yang diambil daripada laman Vitdaily, telah tular di mana seorang tukang cuci di salah sebuah pusat membeli belah telah mengeringkan mop yang digunakannya untuk mencuci lantai bilik air dengan menggunakan pengering tangan automatik.

sumber: vitdaily

Perbuatan tukang cuci tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mempersoalkan aspek kebersihan dan berang dengan tindakan pekerja tersebut.

Pengering Tangan Automatik Sememangnya Kotor?

Setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah ataupun restoran, kita pasti akan menggunakan pengering tangan selepas selesai membasuh tangan di tandas.

sumber: beritagar

Ramai yang beranggapan bahawa mesin pengering tangan ini lebih moden dan senang digunakan untuk mengeringkan tangan dan merasakan lebih bersih berbanding tisu.

Mesin pengering tangan yang terdapat di dalam tandas berfungsi dengan menyedut udara daripada sekeliling kemudian mengeluarkan udara panas dengan laju.

Jika dilihat dengan mata kasar, nampak seperti bersih, tetapi udara yang disedut daripada dalam tandas sememangnya mempunyai pelbagai jenis bakteria kemudian melekat pula pada tangan.

Salah satu bakteria yang ada di tangan ialah E-Coli yang boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit birit dan terdapat bakteria lain yang boleh menyebabkan selsema, batuk dan juga jangkitan mata.

Hal ini kerana apabila seseorang menggunakan bilik air, pebagai partikel halus seperti debu naik ke udara. Oleh itu, partikel-partikel halus yang penuh dengan kuman ini boleh tersedut ke dalam mesin pengering tangan dan menyebarkannya bersama udara panas yang keluar ketika mesin digunakan.

sumber: european tissue symposium

Penelitian dan juga kajian yang telah dilakukan mendapati penggunaan mesin pengering tangan sekurang-kurangnya selama 30 saat, sudah mampu mengumpulkan 18 hingga 60 jenis bakteria pada tangan.

 

Jika Pengering Tangan Kotor, Nak Guna Apa Pula?

Sesetengah pakar sebenarnya menyatakan bahawa tidak ada masalah jika mahu menggunakan mesin pengering tangan tetapi perlu membasuh tangan dengan betul dan menggunakan sabun. 

sumber: mamamia

Memang benar menggunakan pengering tangan dapat menjimatkan penggunaan tisu dan lebih praktikal, tetapi ada baiknya gunakan sahaja tisu untuk lebih terjamin kebersihan tangan anda.

sumber: french.alibaba

Bukan itu sahaja, mungkin pihak pengurusan bangunan boleh menyediakan ‘hand sanitizer’ di setiap tandas seperti yang terdapat di hospital atau mungkin anda boleh membawa ‘hand sanitizer’ sendiri dari rumah.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Selepas membaca artikel ini, adakah anda akan menggunakan pengering tangan lagi selepas ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN