Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika anda dilaporkan telah membuat bunyi bising yang keterlaluan, ianya merupakan satu kesalahan jenayah kecil.
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh pihak PDRM sendiri melalui satu posting di laman Facebook.
Ia boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah.
Dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM100.
Perlukah Denda ini Dilaksanakan?
Seharian anda bekerja dan badan pun merasa letih, pastinya anda inginkan suasana yang tenang dan aman. Tanpa perlu mendengar bunyi bising yang datang dari persekitaran.
Namun, ianya menjadi sukar dengan adanya jiran tetangga yang tidak memahami dan sering membuat bising tanpa menghiraukan orang lain.
Ya, kita faham itu rumah mereka, kawasan mereka. Namun, anda masih berjiran dan itu bermakna ketenteraman setiap penduduk harus diambil peduli juga.
Jangan disebabkan itu rumah anda, anda tidak kisah dengan keamanan jiran sekeliling anda.
Kadang-kadang ada jiran kita yang tidak faham keadaan kita, buat bising sesuka hati, kalau ditegur tarik muka pula. Selepas itu bertegur pun tidak dengan kita. Susahnya berjiran macam ini kan?
Ada pula yang jenis biarkan anak-anak bermain depan rumah kita, sepahkan sampah sarap dan buat bising. Bila tegur mak bapak mereka pula marah-marah kita.
Dengan adanya undang-undang atau akta ini sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada jiran tetangga yang degil. Kalau tidak, sampai bila-bila mereka tetapkan prinsip ” rumah aku suka hati akulah”.
Tidak Suka Bergaul Dengan Masyarakat
Tetapi ada juga yang menyatakan bahawa mereka yang tidak suka bising ini adalah mereka yang jenis tidak bergaul dengan jiran sekeliling. Hidup ke mati ke dia pun tidak tahu.
Susah juga macam ini kan? Dilabel pula begitu. Sebenarnya hidup berjiran ini kena bertolak ansur, ada jiran yang baik dan senang ditegur itu rezeki anda. Kalau jenis payah ditegur, suka buat hal sendiri, kita biarkan dia sendiri, ini mesti jenis “lone ranger”.
Kalau dapat kita perhatikan dari aspek kejiranan, semakin pudar dan tidak diberikan perhatian sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar.
Mana tidaknya, kalau bekerja dari pagi sampai malam, bila masa pula nak bertegur sesama sendiri, jiran-jiran pun sudah melabuhkan hari mereka untuk berehat dan sebagainya.
Justeru, tidak hairanlah ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah.
Jika pun mengenali tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan berjiran apatah lagi perasaan untuk mengambil berat tentang hal ehwal jiran.
Berbeza pula yang tinggal di kampung, walaupun jiran berada di hujung jalan pun mereka mengenali sesama sendiri, malah sampai anak cucu pun mereka kenal. Kalau kenduri semua orang kampung tolong menolong, merewang sama-sama dan bertukar pandangan selain masakan, petua dan macam-macam lagi.
Denda Juga Kesalahan Bising Yang Lain
Berbalik denda kepada mereka yang ketawa dan gelak dengan kuat ini, ada juga yang mahukan denda dikenakan kepada mereka yang membuat bising selain itu, antaranya bermain mercun, menunggang motosikal dan mengeluarkan bunyi motor, memasang lagu dengan kuat dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan bunyi.
Jadi, diharapkan pihak berkuasa perlu meneliti semua perkara yang diadukan masyarakat kita supaya tidak diperbesarkan isu kecil seperti ini.
Untuk pengetahuan anda juga, parking kereta suka-suka hati depan rumah jiran juga boleh didenda.
KATA ORANG
Baru je kene semalam😂 Polis datng rumah sebab bising sangat😂😂
— Qurrrrrrr🌸 (@qrtlntqh) October 13, 2018
Kitorang nak sambut birthday je pun😢 https://t.co/pqtHaMP5c4
Doh rumah Kita depan taman mainan siang malam bising sokmo err.. Blh report polis ar ork... 🤣🤣🤣🤣🤣Hadoi la.. https://t.co/lBRtz7NTEy
— nik mokhlizanie (@mokhlizanie) October 10, 2018
kat Jepun anak2 berlari dlm rumah bising2 pon polis dh dtg kalau bising tu mengganggu jiran https://t.co/amJP2a7daD
— Afiq Redza (@afiqredza) October 8, 2018
Tak tau dah nk buat apa dgn jiran aku ni, patut report polis ke atau tunggu je Allah panah petir dorang satu family? Apa hanat bising baling2 barang sampai kena atap rumah aku grr .
— - ,‘ nici `, - (@nishiiinis) August 7, 2018