Sumber: The Vocket

Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan warganegara Singapura yang mengambil masa terlalu lama di stesen minyak Malaysia. Pelbagai aksi turut dilakukan oleh mereka seperti menggoncang-goncang dan menghenjut kereta bagi memastikan masih ada ruang untuk mengisi penuh tangki minyak mereka.

Perkara ini mungkin sesuatu yang baru bagi masyarakat kita yang berada di Lembah Klang. Namun begitu, bagi penduduk di sekitar Johor Baharu, aksi yang dilakukan oleh warganegara Singapura di setiap setesen minyak Malaysia sudah kerap kali dilihat.

Harga Petrol Di Malaysia Lebih Rendah

Ia berikutan harga minyak petrol di Malaysia jauh lebih rendah berbanding harga minyak petrol di Singapura. Ditambah pula dengan faktor mata wang Malaysia yang jauh lebih murah berbanding Dolar Singapura. Tindakan rakyat Singapura ini sangat menjelekkan kerana hanya mementingkan diri sendiri. Sedangkan, masih banyak lagi kereta yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Berdasarkan video berdurasi 1:12 minit memaparkan kelakuan biadap rakyat Singapura ketika mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak negara kita. Tindakan tersebut sememangnya melampau kerana dilakukan hampir setengah jam menimbulkan kemarahan orang ramai yang sedang menunggu giliran.

Tindakan Melampau

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap tindakan warganegara Singapura tersebut. Tindakan melampau mereka mencetuskan kemarahan warga maya sehingga ada yang menyifatkan mereka ‘kaya di negara orang, miskin di negara sendiri’.

Sumber: Youtube

Goncang Kereta Tindakan Sia-Sia

Berdasarkan maklumat di thevocket.com, seorang mekanik berpengalaman, Vincent menerangkan perbuatan menggoncangkan kereta adalah perbuatan sia-sia kerana ianya tidak membantu menambahkan kandungan minyak di dalam tangki minyak.

Vincent turut mengibaratkan minyak petrol seperti air soda. Apabila seseorang mengisi air soda di dalam gelas, aka nada ‘foam’ yang terbentuk di atasnya. Maka, seseorang perlu menunggu foam berkenaan surut sebelum boleh menambah air. Malah, tindakan menggoncangkan kerata hanya akan merosakkan kereta kerana mengisi minyak lebih daripada paras yang sepatutnya.

Sumber: Ohbulan

Pandangan Warga Maya Di Facebook

Bagi pandangan warga maya Shafiq Razi, beliau secara sinis berkata “adakah goncang kereta minyak boleh tahan 3 bulan. Buat malu muka je. Dah macam beruk baru dapat lepak bandar.”

Bagi warga maya lain seperti Adi Aj, bertanyakan “ada fakta kah isi minyak seperti itu boleh padat. Kau ingat kau isi pasir??”

Namun, ada juga warga maya yang menyamakan tindakan warganegara Singapura tersebut seperti warganegara Malaysia sendiri. Bagi Wahidu Akbar, dia menyamakan segelintir rakyat Malaysia ada yang bersikap sedemikian ketika mengisi minyak penuh.

Sekiranya perkara ini berlarutan, ia akan menjadi suatu kebiasaan bagi warganegara Singapura dan lebih ramai lagi yang akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu perkara ini akan mendatangkan masalah kepada rakyat Malaysia.

Maka sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengeluarkan satu garis panduan berkenaan etika pengguna di stesen minyak. Dalam masa yang sama mengetatkan lagi garis panduan kepada kereta-kereta milik warganegara Singapura agar tidak mementingkan diri dan memberi masalah kepada rakyat Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN