Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan laporan seramai 310,000 golongan gay dan trasgender di Malaysia.

Angka ini merupakan satu tamparan kepada kerajaan dan seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan agar lebih agresif untuk menangani permasalahan ini.

Apa agaknya pandangan masyarakat luar yang memandang perkara ini? Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 64.3%.

Nampaknya golongan gay ini semakin berani mendedahkan diri mereka kepada umum malah mereka tidak ada rasa malu digelar sebagai gay.

 

Apakah Itu Gay?

Istilah piawai bagi gay adalah homoseksual. Ia merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam “perkahwinan gay”.

Sumber: Coupleofmen.com

Lelaki homoseksual suka berbaju ketat, menyimpan janggut dan bermisai dan mata akan membulat apabila melihat lelaki kacak.

Lelaki homoseksual juga suka mengunjungi gymnasium. Bukan untuk bersenam tetapi lebih kepada melihat orang.

Di samping itu lelaki homoseksual juga gemar mengambil adik angkat dan pakaian berjenama, di samping berbaju ketat untuk menunjukkan perut yang berotot.

Jangan disangka lelaki macho, berotot, nampak gagah itu lelaki sejati. Ada yang sebaliknya.

 

Tidak Semua Gay Melakukan Kegiatan Songsang

Sumber: Malay Mail

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, jumlah 310,000 gay yang dikenal pasti perlu diperhalusi lagi kerana tidak semua daripada mereka terus terlibat dengan “kegiatan songsang”.

Terdapat golongan itu yang hanya mempunyai kecenderungan dan ada juga yang telah meninggalkan gaya hidup sedemikian.

Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, hanya terdapat sebanyak 173,000 orang pada lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Mujahid berkata, kerajaan akan menangani isu tersebut secara proaktif dan positif.

 

Perlu Fahami Secara Keseluruhan

Sumber: Sinar Harian

Walaubagaimanapun, kenyataan Mujahid tersebut telah dipandang serong dan menimbulkan debat di kalangan netizen.

Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Fiqh Kontemporari, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, kenyataan menteri itu perlu difahami secara keseluruhan dan bukannya disensasikan serta dipolitikkan.

Dia khuatir apabila masyarakat mula mempolitikkan dan memahaminya segara negatif kenyataan menteri itu, isu ini akan menjadi lebih parah apabila budaya fitnah ini menjadi tersebar di laman sosial dan percakapan harian kita.

Apa yang mungkin menteri cuba sampaikan adalah dalam 310,000 itu ada golongan yang telah bertaubat, ada yang masih mempunyai naluri ke atas lelaki namun tidak lagi melakukan liwat dan ada yang sedang dalam usaha didik untuk kembali bertaubat.

Maknanya, golongan ini perlu terus diberi ruang, santuni dan dakwah ke atas mereka juga perlu berterusan kita laksanakan, seperti mana yang dilaksanakan oleh Ustaz Ebit Liew.

 

Ada beberapa faktor mengheret mereka ke lembah gay ini, antaranya adalah:

Faktor keluarga

Sumber: SirapLimau

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka. Jika anda adapti anak-anak anda berkelakuan pelik dari jantina sebenar mereka, sila pantau dan nasihati mereka.

 

Pergaulan dan pengaruh rakan sekeliling

Sumber: Unair News

Lingkungan serta kebiasaan seseorang dalam bergaul disinyalir telah menjadi faktor penyebab yang paling dominan terhadap keputusan seseorang untuk menjadi sebahagian golongan songsang ini. Malah, budaya-budaya luar negara juga penyebab mereka memilih jalan yang mereka mahukan.

 

Faktor genetik

Sumber: Wawasan Edukasi

Beberapa hasil penelitian menunjukkan salah satu faktor pendorong terjadinya homoseksual, lesbian, atau perilaku seks yang dianggap menyimpang lainnya menurun dari anggota keluarga sebelumnya.

 

Bagaimana Untuk Tangani Masalah Golongan Songsang Ini?

Malangnya mutakhir ini, kerap pula dipekikkan perihal budaya tidak sihat percintaan kaum sejenis.

Akhir mac tahun lalu, isu LGBT juga hebat diperdebatkan di parlimen dan isu perbahasan tersebut berkisar tentang penapisan filem Beauty & The Beast yang sememangnya mempunyai unsur-unsur homoseksual nyata.

Penapisan filem-filem seperti ini harus dilakukan bagi memastikan masyarakat mengetahui pendirian dan komitmen kerajaan dalam menangani golongan LGBT. INi zaman kerajaan pemerintah sebelum ini, dan diharap kerajaan hari ini juga mempunyai solusi tersendiri.

Menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara.

Sumber: New Straits Time

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga pernah menyantuni komuniti transgender di sekitar Kuala Lumpur. Langkah-langkah ini seharusnya dipuji dan diteruskan untuk menambah baik taraf hidup komuniti LBGT, selain dijadikan peluang untuk menitipkan nasihat kepada yang memerlukan.

Menyantuni komuniti LBGT pula tidaklah sehingga tuntutan mereka keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan. Perlu diimbangi di antara hak asasi harus dimiliki semua manusia dan tuntutan-tuntutan memungkinkan kebobrokan agama, budaya dan naratif kebangsaan. Imbangan ini harus diperhalusi sebelum konflik hak asasi membarah dalam negara ini.

Dan siapa yang tidak kenal dengan ustaz Ebit Liew, atau nama penuhnya adalah Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau yang merupakan seorang muallaf.

Beliau juga merupakan penceramah bebas dan sangat terkenal dalam menyantuni golongan LGBT.

Sumber: IG EBITLEW

Terbaru, menerusi Instagram peribadinya, beliau mengambil pendekatan bersama golongan ini dalam ‘kem Mak Nyah’ yang diadakan di sebuah resort.

Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan Allah dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.

Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil setelah ditinggalkan ibunya di tepi jalan sehingga dirinya kekeringan air mata.

Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.

Sumber: IG EBITLEW

Selain itu, pengasas kosmetik terkenal, Safiey Ilias juga turut bersama dalam kem berkenaan bersama yang lain.

Bukan pinta mereka untuk memilih jalan ini, banyak faktor yang mendorong, jadi masyarakat diluar sana diharap sama-sama membantu, bukannya tahu mengecam sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda terhadap golongan gay atau transgender?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN