Apabila bercerita mengenai zaman kanak-kanak kita dengan zaman kanak-kanak sekarang, amat jauh bezanya kerana kanak-kanak zaman sekarang ini dilihat makin ‘advanced’ berbanding kita dulu.
Tetapi lain pula dengan kisah kanak-kanak ini yang didakwa sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakaran dalam kejadian terbaru di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat, Kelantan.
Kanak-kanak itu dituduh melakukan kegiatan tersebut selepas jirannya mengesyaki sesuatu apabila sering melihat kanak-kanak itu memasang bunyi siren bomba di telefon bimbit mereka sambil berlari mengelilingi kampung.
Ia berikutan sejak Jun yang lalu, empat kejadian kebakaran telah berlaku di kampung itu dalam tempoh empat bulan dan yang terbaru, membabitkan rumah kanak-kanak itu sendiri pada Sabtu lalu.
Tiga kejadian sebelum ini adalah seminggu sebelum Aidilfitri, dua hari sebelum Aidiladha dan pada 28 Ogos lalu menjadikan semuanya 11 unit rumah kediaman dan satu salun rambut terbakar setakat ini di kampung yang sama.
Kejadian yang berlaku itu sama sekali telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai di media sosial yang rata-ratanya khuatir dengan sikap generasi masa kini yang semakin menjadi-jadi saban hari.
Ditahan Polis
Dua kanak-kanak tersebut bagaimanapun telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan terhadap siri kebakaran yang berlaku di kampung itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan terhadap kanak-kanak itu dibuat susulan laporan penduduk kampung termasuk kes kebakaran terbaru yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini.
Kes tersebut juga kini masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang mana kanak-kanak itu setakat kini masih tidak mengaku melakukan kejadian tersebut.
Ibu Bapa Perlu Peka
Memang ketika usia sebegini, mereka didorong dengan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu. Tetapi malangnya, cara mereka menzahirkan perasaan ingin tahu itu tidak kena pada caranya.
Sebagai ibu bapa, sama-sama lah kita pantau apa sahaja aktiviti yang dilakukan anak terutama sekali ketika mereka bermain di luar rumah untuk mengelak mereka dari terlibat dalam perbuatan-perbuatan berisiko seperti ini.
Zaman sekarang ini, dengan adanya pemetik api dan bahan mudah terbakar yang lain, macam-macam perkara buruk boleh berlaku kerana segelintir besar dari mereka pasti akan menyalah gunakan pemetik api untuk tujuan mainan sekalipun.
Jadi, adalah perlu untuk semua pihak mendidik generasi muda sejak kecil mengenai kesan buruk bermain api kerana sekiranya tidak diawasi, malang sama sekali tidak berbau.
Tidak pasal-pasal, orang lain di sekeliling pula yang mendapat tempiasnya…
KATA ORANG
Tu belum lagi masuk tengok video tak senonoh kemudian praktik. Allahuakbar budak zaman sekarang bahaya kalau family biarkan
— フワト・カイルン (@FKairun) September 16, 2019
Apa masalah kau dik? Aku paling jahat masa kecik dulu cuma ambik segulung benang emak, ikat pada mana2 dua pokok tempat laluan orang, terpengaruh dengan cerita Rambo.
— lanbingka 🇲🇾 (@lanbingka) September 16, 2019
Sengaja bakar rumah sebab seronok tgk bomba dtg padam kebakaran. Itu ciri2 seorang psychopat melakukan sesuatu yg kejam kerana seronok. Kanak2 pun boleh terjebak dengan jenayah. Kat luar negara banyak case melibatkan penjenayah kanak2.
— lady syafinaz (@JamainSyafinaz) September 17, 2019
Gila lah budak sekarang ni. Main cucuh api bakaq rumah jadi seronok pula bila bomba mai padam api.
— menantu mak hang (@menantumakhang) September 16, 2019
Aku dulu suka tengok lori pasir lalu tepi jalan ja.