Selagimana seseorang anak itu masih berada di dalam jagaan kita, selagi itulah ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka.

Sumber: Sinar Harian

Tetapi lain pula jadinya apabila seorang ibu berusia 32 tahun ini sanggup meninggalkan tiga anaknya lebih daripada tiga hari tanpa sebarang makanan dan pengawasan keselamatan di sebuah rumah di Padang Setenge, Kuala Berang, Terengganu.

Namun nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil aduan orang ramai. 

Hasil siasatan ke atas tiga beradik ini, seorangnya masih bersekolah namun rekod kehadirannya tidak memuaskan manakala dua adik perempuannya tidak bersekolah.

 

Ikut Boyfriend Ke Kuala Lumpur

Kes yang menimpa kanak-kanak ini bukan sahaja mendapat perhatian dari pihak JKM malah pihak polis juga turut sama terlibat bagi membantu siasatan. 

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, ibu kepada tiga beradik ini dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur mengikut teman lelakinya yang mana pihaknya kini dalam usaha mengesan ibu mereka. 

Bukan itu sahaja, hasil semakan polis juga mendapati wanita ini sudah bercerai. Tidak bekerja, hanya menyewa di rumah berkenaan untuk menyara tiga anaknya itu malah kerap kali bertukar pasangan. 

Lebih teruk lagi, apabila ada jiran tetangga mahu memberi makanan serta duit belanja kepada anak-anaknya, wanita ini seringkali mengamuk.

 

Kanak-Kanak Ditempatkan Di Rumah Perlindungan

Hasil keprihatinan jiran tetangga, kanak-kanak ini akhirnya ditempatkan di Rumah Perlindungan Taman Sinar Harapan di Kuala Terengganu untuk diberi perlindungan daripada terus menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka.

Apabila sudah ditempatkan di rumah ini, anak-anak ini sama sekali mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding tinggal bersama ibu yang bersikap endah tak endah sahaja terhadap anaknya.

Walau hidup ditimpa banyak masalah sekalipun, anak tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan ibu bapa mereka. 

 

Ibu Bapa Abai Anak Boleh Berdepan Hukuman

Kita biasa dengar anak sahaja yang mengabaikan ibu bapa mereka bukan? Tetapi, kedua-dua sama sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Sekiranya anak abaikan ibu bapa, mereka juga bakal berdepan hukuman berat sama seperti ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka dan harus menerima hukuman berat.

Bayangkan sahaja sekiranya pihak JKM tidak menyelamatkan kanak-kanak ini, silap hari mereka mungkin boleh mati kelaparan yang boleh mengancam nyawa mereka.  

Dalam kes ini, ibu kepada kanak-kanak ini boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana sekiranya didapati bersalah, ibu bapa boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Statistik Penganiayaan Dan Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia

Di Malaysia sahaja, statistik penganiayaan dan penderaan kanak-kanak pada 2016 merekodkan sebanyak 4,982 kes.

Angka itu meningkat pada 2017 sebanyak 5,442 kes manakala tahun 2018 dari Januari sehingga April sahaja sebanyak 1,929 kes yang telah dilaporkan di seluruh negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN