Kes buli di sekolah kini makin menjadi-jadi, tidak kira di kalangan lelaki mahupun perempuan.

Dari yang kecil sehingga yang dewasa, kalau boleh semua mahu tunjuk samseng kemudian bergaduh pula tentang hal remeh yang kadangkala tidak masuk akal.

Ada yang membuli kerana berebut kekasih, tidak puas hati kerana dimalukan tanpa sengaja dan mahu tunjuk ‘power’, antara alasan yang paling kerap didengari.

Sumber: Bernama

Yang terbaru, tular satu video di media sosial memaparkan seorang murid lelaki tahun enam menjadi mangsa buli apabila dia ditumbuk dan ditendang beberapa rakan yang lain sambil dirakam seorang lagi murid dari sekolah yang sama sehingga mendapat perhatian meluas di kalangan netizen.

Ekoran itu,  timbul desakan supaya pihak sekolah mengambil tindakan dengan menggantung serta membuang murid itu dari sekolah atas kesalahan membuli.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan keperluan membawa telefon bimbit ke sekolah yang dilihat membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada generasi masa kini.

Mana Silapnya?

Sumber: https://www.remaja.my

Meskipun Kementerian Pendidikan kini membenarkan murid serta pelajar untuk membawa alat peranti seperti komputer riba, tablet dan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran ke sekolah, tidak bermakna mereka boleh menggunakan ‘lesen’ itu dengan melakukan perkara tidak baik.

Tidak semestinya apabila anda diberi izin untuk membawa telefon bimbit ke sekolah, anda boleh merakam segala jenis aksi tending-menendang untuk dipertonton kepada orang ramai.

Apa motif sebenarnya?

Sumber: Youtube

Adakah dengan merakam aksi tersebut, anda berasa diri anda sudah cukup kuat dan bagus? Atau hanya untuk dijadikan bahan supaya semua pelajar berasa takut dengan anda?

Ya, memang dengan peralihan teknologi masa kini yang sering berubah-ubah, menyebabkan anak kecil mudah sekali terpengaruh dengan apa yang dikongsi di media sosial terutamanya.

Sekiranya ibu bapa tidak memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak, ia sememangnya boleh menyebabkan anak ini semakin berani untuk bertindak liar dan sukar untuk dikawal baik yang lelaki atau perempuan.

Kesudahannya, pihak sekolah juga yang akan dipersalahkan kerana tidak memantau kes-kes buli yang berlaku di dalam sekolah sehingga menjadi tular.  

Ibu Bapa Perlu Main Peranan Didik Anak

Dalam hal ini, kita tidak boleh menuding jari sepenuhnya terhadap pihak sekolah yang mana ibu bapa itu sendiri perlu memantau serta mendidik anak dengan memberi nasihat supaya mereka tidak menjadi seorang pembuli.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan mengambil peduli terhadap sebarang perubahan pada diri anak mereka.

Hal ini kerana, sikap tidak ambil peduli itu akan menyebabkan mereka berasa bebas untuk bergaul dengan kelompok pembuli, penagih, pencuri atau geng ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa.

Kemudian, ditambah pula dengan gajet yang ada pada masa kini, anak-anak lebih terdedah dan bebas untuk melayari apa sahaja yang ada di alam maya, sekaligus mempelajari perkara yang bukan-bukan dari situ.

Oleh itu, sebelum kita menuding kepada dan guru-guru, ibu bapa sewajarnya mengambil serius terhadap didikan anak-anak memandangkan mereka adalah ‘role model’ pertama bagi mereka.

Malah, sekiranya anak anda merupakan seorang pembuli sejak kecil, jangan biarkan perkara ini berlanjutan kerana khuatir tindakan itu akan menjadi lebih parah lagi apabila mereka sudah dewasa kelak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah Kementerian Pendidikan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran gejala buli di sekolah seluruh negara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN