Sumber: The Star

Kerajaan sedang mengkaji cada­ngan untuk menggantung lesen memandu kenderaan seumur hidup bagi pesalah jalan raya yang menyebabkan kemalangan maut.

Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke berkata, pada ketika ini di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman gantung lesen selama tiga tahun bagi kesalahan pertama dan 10 tahun untuk kesalahan kedua adalah terlalu ringan dan tidak cukup ketat.

Sumber: Berita Harian

Ia susulan daripada insiden menyayat hati kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dengan lori yang membawa muatan bijih besi di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Kangsar, Perak pada 6 Oktober 2018.

Paling dikesali ialah pemandu lori pada waktu kejadian didapati positif dadah jenis methaphetamin selain memiliki 28 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan berbaki dua saman masih aktif.

 

Adakah Kadar Kemalangan Berkurangan Jika Gantung Lesen Memandu?

Sumber: Sinar Harian

Dilaporkan seramai 6,470 kematian dilaporkan akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2017 dan 3,279 kematian dari Januari hingga Jun tahun ini.

Namun dengan cadangan pihak Kementerian Pengangkutan itu, rata-rata netizen tidak bersetuju hukuman hanya gantung lesen seumur hidup. Ini kerana mereka tetap boleh memandu walaupun tiada lesen.

Berapa ramai orang yang tiada lesen boleh memandu, malah ada yang pakai lesen terbang untuk memandu dan ia senang didapati.

Cadangan ini diyakini tidak akan mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Kerajaan perlu mencari hukuman yang lebih berat buat pemandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga berlaku kematian.

Sumber: 38TODAY

Mungkin agak sedikit emosi dan keras tetapi nyawa perlu dibayar dengan nyawa. Bagaimana dengan nasib ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat kesalahan orang lain.

Ini bukan kes pertama berlaku di Malaysia. Sebelum ini, kemalangan maut akibat kesalahan orang lain sudah banyak dipaparkan di media massa dan elektronik. Hukuman gantung lesen dan penjara dilihat hanya sekadar hukuman.

 

Hukuman Tidak Takutkan Pemandu

Situasi ini menjelaskan kepada kita mengapa jumlah kemalangan jalan raya masih tidak menurun walaupun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai tindakan bagi mencapai matlamat itu. Ada banyak masalah boleh diselesaikan sekiranya pemandu menghormati undang-undang dan peraturan.

Antara yang ekstrem ialah hukuman penjara dan sebat. Sebenarnya, kalau kita meneliti hukuman yang telah termaktub dalam undang-undang jalan raya, ia bukan ringan. Mungkin mesej hukuman tidak sampai kepada pemandu. Mungkin juga masalah penguatkuasaan.

Malah, mungkin juga sikap sambil lewa pemandu yang tidak mengambil iktibar kemalangan jalan raya yang pernah berlaku sebelum ini.

Sebenarnya kerajaan terpaksa membelanjakan purata RM8.3 bilion bagi menampung kos kerugian melibatkan kes kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Jumlah tersebut melibatkan satu pertiga dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah pampasan RM1.2 juta untuk setiap kes kemalangan melibatkan kematian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah hukuman gantung lesen seumur hidup diberikan kepada mereka yang telah mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN