Sumber: Hello Sehat

Apa itu ganja? Ganja (marijuana) berasal daripada beberapa spesies tumbuhan kanabis seperti Cannabis Sativa, Cannabis Indica dan Cannabis Inderalis. Ia mengandungi lebih 460 bahan kimia. Tiga bahan utama yang memberikan kesan kepada manusia ialah 9-delta- tetrahidrocannabinoids, cannabinol dan cannabidiol. (menyebabkan anda khayal atau ‘high’)

Malangnya, ganja lebih popular di Malaysia sebagai bahan disalah guna. Penagih mengambil ganja dengan tujuan mendapat high atau euforia, menghilangkan malu atau memudahkan ‘interaksi sosial’ serta mengurangkan stres atau tekanan.

 

Dari Segi Undang-undang

Baru-baru ini, anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengambil maklum berhubung kes seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Sumber: Facebook

Beliau menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas secara peribadi untuk mendapatkan pengampunan terhadap Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit kes itu.

Kata Izzah, ganja semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik.

“Sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan,”

Kes itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizen kerana Lukman dikatakan menggunakan ganja dalam bentuk minyak untuk tujuan perubatan.

Sumber: Nota Kaki

Berdasarkan laporan media, Lukman telah memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Sepanjang perbicaraan kes itu, peguamnya, Farhan Maaruf telah membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan khidmat perubatan minyak ganja daripadanya.

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang didapati memiliki 200 gram ganja atau lebih, boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

 

Manfaat Ganja Untuk Perubatan

Ada pelbagai pandangan mengenai ganja ini, ada yang kata ia haram, tidak baik untuk kesihatan dan perlu dihapuskan. Ada juga yang mengatakan ia tidak berbahaya, memberi manfaat dan bagus digunakan untuk perubatan.

Ganja ini sebenarnya mempunyai banyak aplikasi dalam perubatan tradisional, sama seperti pokok ketum. Ia diguna sebagai ubat penahan sakit, penawar demam panas dan bahan menambah selera makan.

Sumber: I Smoke Mag

Ganja juga dikatakan berkesan bagi mengurangkan sembelit, kegelisahan, kekejangan otot dan merawat penyakit sawan.

Ganja boleh menyebabkan gangguan memori jangka pendek, konsentrasi, imbangan dan koordinasi. Kesannya ke atas sistem imunisasi manusia mengurangkan daya tahan terhadap infeksi atau jangkitan kuman.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis ganja iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itu membuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati ganja mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

 

Antara Negara Benarkan Penggunaan Ganja Untuk Perubatan

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Sumber: Me

Di Eropah pula, ganja telah digunakan untuk tujuan perubatan iaitu sebagai ‘aspirin’. Doktor perubatan di Eropah pada masa itu telah menggunakan ganja untuk mengubati histeria, deman perjalanan (travel sickness), selesema, ulcers, hay fever dan insomnia.

Di negara itu juga menggunakan ganja ini sebagai memulihkan daripada mabuk kerana minum arak secara berlebihan. Kaum proletariat Inggeris dikatakan menggunakan ganja untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan kerja berat harian.

Setiap penggunaan ganja dibenarkan mengikut klausa yang ditetapkan, dan bukan sembarangan. ia hanya tujuan perubatan sahaja dibenarkan.

Banyak kajian menunjukkan keburukan mengambil ganja. Implikasi dan kesannya bukan sahaja dari segi ketagihan, malah pelbagai aspek. Itu bagi yang salah penggunaannya.

KATA ORANG

Kerajaan tak dapat serap graduan perubatan. Maka disuruh rakyat jadi doktor sendiri. Mat gian pun pandai guna jarum, makan ubat... Sawit jatuh harga, disaran tanam ganja... Jom khayaaalllll...!!!

@azrinaaaaaaaa Ape lak ganja, ganja ni ubat dispression la

KATA ANDA

Wajarkan ganja ini dikaji semula bagi tujuan perubatan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN