Orang ketiga merupakan topik yang sangat hangat diperkatakan bukan sahaja dikalangan wanita malah kaum lelaki. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan malhligai perkahwinan yang indah dan aman.

Namun tidak semua pasangan dapat melayari bahtera perkahwinan mereka tanpa ada masalah mahupun tekanan. Peningkatan jumlah penceraian di Malaysia termasuk semua agama yang ada di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan sehingga isu ini turut diperdebatkan dan dibentangkan oleh ahli Kabinet.

Untuk pengetahuan, orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga pasangan suami isteri sehingga membawa perceraian boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia satu kesalahan jenayah

 

Apa Itu Orang Ketiga?

Orang ketiga ditakrifkan sebagai mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Ini adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

 

Akta Kesalahan Jenayah Syariah

Seksyen 36 Akta memperuntukkan – ‘Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari rumah adalah kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah juga boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Seksyen 37 dibawah kategori menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Manakala mengikut Seksyen 38 dibawah kategori menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Merujuk kepada kedua-dua seksyen diatas, ada segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa hukuman jenayah orang ketiga ni hanya boleh dilaksanakan keatas kekasih gelap sahaja.

Namun begitu, hukuman yang terkandung dibawah akta ini boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, saudara malah sahabat kita jika mereka terlibat dan ada bukti yang kukuh yang menyatakan mereka punca keretakan sesebuah rumahtangga itu.

Bagi individu yang terlibat samada menghasut dan mempengaruhi seseorang untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga boleh didenda RM3000 dan penjara selama 2 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

 

Faktor Penceraian di Malaysia

Terdapat seribu satu alasan kenapa dan mengapa penceraian yang dipilih oleh sesetengah pasangan, namun solusi ini dilihat sebagai langkah yang lebih mudah untuk diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda rumahtangga mereka.

Saban hari, semakin meningkat berita tentang kecurangan pasangan samada berpunca dari suami mahupun isteri dapat kita lihat di laman berita mahupun media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, statistik menunjukkan kes cerai lepas kahwin bawah 5 tahun pasangan Islam di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja berjumlah 2,932 kes bermula 2013 hingga 2017,

Kajian turut menunjukkan kes penceraian yang berlaku dalam fasa 5 tahun pertama berada di purata 1/3 dari jumlah keseluruhan tahunan.

 

Faktor Yang Menyumbang Kepada Kecurangan Pasangan

Sumber: Panglima 7

Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada terjadinya kes kecurangan di kalangan rakyat malaysia. Ada faktor yang mungkin berbunyi kelakar dan tidak relevan namun itulah hakikat.

Antara faktor yang menjadi penyumbang tertinggi ialah ketidaksefahaman dan menginginkan pasangan yang lebih baik walaupun kekurangan diri sendiri tidak kurang hebatnya.

Melalui temubual yang dijalankan keatas beberapa orang wanita yang menjadi mangsa ‘orang ketiga’ ini, rata-rata menyatakan bahawa kebanyakannya memilih untuk redha sahaja dan menerima kecurangan pasangan mereka kerana risaukan nasib anak-anak dan tiada tempat bergantung jika mereka memilih untuk berpisah.

Scenario ini amatlah menyedihkan dan tidak harus dipandang enteng terutamanya oleh pihak berwajib. Sama ada lelaki mahupun wanita yang terlibat mencurangi pasangan mereka haruslah dijatuhkan hukuman yang selayaknya tanpa kelonggaran mahupun belas kasihan.

 

Kesan Terhadap Institusi Kekeluargaan

Sumber: Sirap Limau

Antara aspek yang paling ditakuti apabila terlibat dengan kes-kes kecurangan ini ialah kesan yang akan mempengaruhi mangsa dan ahli keluarga yang terlibat. Untuk pasangan, sudah tentu pahit untuk mereka lalui and hadapi fasa ini.

Namun, apabila dilihat dari aspek kesannya terhadap anak-anak. Pastinya lebih teruk ataupun mendalam. Ini kerana, walaupun ibu dan ayahnya tidak berpisah namun hubungan kedua ibubapanya pasti sudah tidak sebahagia dulu.

Permasalahan ini boleh membawa wujudnya hubungan yang tegang didalam keluarga, ibubapa menjadi agresif terhadapa anak-anak, anak-anak diabaikan dan tiada keharmonian rumahtangga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah ‘pihak ketiga’ diberi hukuman sebegini atau layak dibebaskan tanpa sebarang tindakan?
21 votes · 21 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN