Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Port Dickson, ramai yang mula tidak senang duduk. Namun, itulah perkara yang diwar-warkan Pakatan Harapan untuk mencalonkan Anwar selaku Perdana Menteri kelapan menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sejarah negara apabila Tun Mahathir berkongsi pentas bersama Anwar di ceramah mega Pakatan Harapan yang diadakan sempena PRK parlimen Port Dickson pada 8 Oktober 2018.

Sumber: Daily Motion

Lebih 6,000 orang membanjiri ceramah mega yang berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan Utama PH di PD Waterfront itu menampilkan barisan pimpinan tertinggi berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon PH, Pas dan lima calon Bebas.

 

Hubungan Mahathir dan Anwar

Sumber: Free Malaysia Today

Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum Malaysia baharu, beliau tidak pernah menjejakkan kaki untuk turun padang bagi berkempen untuk calon-calon di bawah pemerintahannya.

Tetapi mengapa perkara ini berlaku pada hari ini? Kenapa Tun Mahathir berkempen untuk Anwar? Adakah Mahathir mahu beri jalan mudah untuk Anwar menang nanti.

Sumber: Raincoaster.tumblr

Sumber: Malaysia Today

 

Semua orang tahu Anwar pernah duduk di dalam kabinet Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika Tun mahathir sebagai Perdana Menteri keempat.

Tetapi dengan turunnya Tun Mahathir berkempen ini adakah untuk menghapuskan dakwaan beliau tidak menyokong Anwar menjadi perdana menteri.

Walaupun berulang kali Tun Mahathir menyatakan beliau akan menepati janjinya seperti dalam perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk Anwar menggantikannya, tetapi desakan itu berterusan.

Anwar juga sudah menegaskan bahawa beliau sudah memaafkan Tun Mahathir dan juga Datuk Seri Najib Razak atas perbuatan mereka terhadap Anwar selama ini.

 

Laluan Mudah Untuk Anwar?

Sumber: Astro Awani

Dari sudut lain, kemunculan Tun Mahathir di PRK kali ini bukan semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Anwar sebagai ahli Parlimen, tetapi lebih penting lagi untuk menunjukkan gabungan parti dalam Pakatan Harapan bersatu.

Sokongan Tun Mahathir juga dipercayai mampu menarik pengundi, walaupun Anwar sendiri mampu mencapai kemenangan.

Mesej perdana menteri kepada pengundi adalah turun mengundi kerana selalunya rakyat kurang berminat terhadap PRK.

 

Anwar Tidak Pandang Remeh PRK Port Dickson

Meskipun ramai meramal Anwar bakal menang, namun beliau tidak mengambil mudah saingan dalam PRK kali ini.

Beliau menegaskan akan bekerja keras untuk memenangi kerusi tersebut selain menawarkan beberapa perkara yang beliau boleh bawa untuk rakyat Port Dickson.

Sambutan di Port Dickson dilihat positif namun beliau tetap mahu memberikan tumpuan dan turun padang berkempen.

 

Anwar Punyai Peluang Cerah Untuk Menang

Walaupun ramai yang berpendapat Anwar mempunyai peluang besar untuk memenangi kerusi itu, namun rakyat Port Dickson perlu membuat pilihan untuk memilih calon wakil rakyat mereka sendiri.

Berdasarkan komposisi kaum di Parlimen Port Dickson, sememangnya memberi banyak kelebihan kepada Anwar.

Daripada 75,000 pengundi di kawasan itu, tidak ada satu kaum pun yang peratusannya melebihi 50 peratus.

Pengundi Melayu adalah 43 peratus , 33 peratus (Cina) , 22 peratus (India) dan lain-lain pula hanya dua peratus.

Bagaimanapun, keputusannya nanti pada 13 Oktober depan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah penglibatan Tun Mahathir turun berkempen untuk Anwar berli laluan mudah untuk menang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN