Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, dilelong pada harga RM500,000.

Gambar tersebut dirakam sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ia dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Disember 2018.

Selain Perdana Menteri, gambar yang ditandatangani lima lagi pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibeli seorang pembida tempatan, Gan Yu Chai, pada harga RM150,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Kalau dilihat pada gambar-gambar yang dilelong itu nampak macam biasa, tetapi pembida ini mungkin melihat sudut lain sehingga sanggup beli sekeping gambar ratusan ribu ringgit. Nilai gambar tinggi sebab keperibadian pemimpin dan juga semangat juang sehingga kerajaan baharu boleh terbentuk.

 

Rakyat Anggap Pembida Dapat ‘Projek’ Beli Gambar

Sumber: FB BH Online

Rata-rata rakyat Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa pembida ini akan mendapat ‘projek’ disebalik pembelian gambar-ganbar berkenaan.

Sumber: FB BH Online

Pada mereka, gambar yang dilelong itu boleh didapati dimana-mana sahaja kerana kemenangan PH pada PRU-14 telah diambil oleh pelbagai pihak. Dalam internet pun mereka boleh dapat.

Malah, mereka merasakan nilai bidaan itu tidak berbaloi dengan gambar yang boleh diperolehi di tempat lain.

Sumber: FB BH Online

Masing-masing ada pendapat sendiri, kalau tidak mampu, baik diam sahaja.

 

Gambar untuk Kenangan

Jutawan Stanley Thai menafikan beliau membeli potret perdana Dr Mahathir Mohamad bernilai RM350,000 melalui lelongan malam tadi untuk tujuan perniagaan sebaliknya mahu menjadikannya sebagai ‘kenang-kenangan’.

Pengasas Supermax Corporation itu berkata objektifnya adalah untuk menggantungkan gambar Tun Dr M di pejabat.

Beliau turut menegaskan , beliau sudah lama bertapak di dalam bidang eksport dan telah mengeksport produknya di seluruh dunia, jadi pembelian gambar tersebut tidak ada kaitan dengan perniagaan.

Awal tahun ni, Thai telah membuat permohonan maafnya kepada Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kerana menyokong Pakatan Rakyat pada tahun 2013.

 

Tun Mahathir Tegaskan Tiada Keistimewaan Diberi Kepada Pembeli

Sumber: Bernama

Mengucapkan penghargaan kepada semua penderma dan pembida pada majlis itu, Tun Mahathir bagaimanapun menegaskan tiada keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Gambar yang mendapat bidaan kedua tertinggi ialah gambar Tun Mahathir semasa hari pertama bertugas sebagai Perdana Menteri pada 23 Mei lepas di Pejabat Perdana Menteri.

Gambar Pengerusi PH itu dilelong pada harga RM350,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.

Gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PH, pula dibeli pada harga RM150,000.

Tiga gambar lain yang dilelong adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

Kesemua gambar tersebut ditandatangi oleh pemimpin-pemimpin terbabit. Mahalnya adalah sebab tandatangan.

 

Kerajaan Kutip Dana Tanpa Guna Wang Rakyat

Sumber: Bernama

Selain lelongan gambar, Majlis Makan Malam Amal PH juga berjaya mengumpul dana RM1.665 juta melalui penjualan meja pada acara yang sama.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata keseluruhan 156 buah meja berjaya dijual bagi mengumpul dana secara telus dan berintegriti.

 

Dana Masuk Akaun PH

Sumber: Bernama

Kepimpinan hari ini mahu memastikan iltizam PH untuk tidak menggunakan dana kerajaan bagi kegiatan politik kepartian dapat dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, beliau mahu gerak kerja parti komponen PH dapat terus berjalan dengan lancar demi manfaat rakyat.

Dr Wan Azizah adalah pengerusi jawatankuasa majlis berkenaan, yang bertujuan menjana kewangan PH bagi membiayai kos operasi, pengurusan dan kegiatannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, pembida yang sanggup beli gambar pimpinan PH sampai RM500 ribu ada tujuan lain?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN