Baru sahaja nak mengembangkan perniagaan dalam industri makanan dan minuman, pelakon terkenal, Nabila Huda dikritik hebat oleh netizen kerana makanan yang dihidangkan Waroeng Isabella tidak sama seperti iklan dalam gambar.

Sumber:Norhana Rosmida

Waroeng Isabella yang diusaha sama bersama suaminya, Mohd Izwan Johar kini beroperasi di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Damansara.

Sumber:IG kupu_kupu

Biasalah netizen makanan lambat sampai mengadu sana sini, nak menjatuhkan perniagaan orang. Kalau lambat beritahu kepada tuan gerai, bukannya ‘serbu’ ruangan komen di Intasgram Nabila dan gerai berkenaan.

Bila makanan itu viral dan dikunjungi ramai kenalan artis Nabila, biasalah akan ramai yang datang untuk mencuba makanan dan rasa masakan di gerai berkenaan.

 

Makanan Tidak Seindah Rupa

Baru-baru ini, seorang pelanggan Waroeng Isabella telah memuat naik satu status menceritakan pengalamannya menikmati makanan daripada gerai tersebut.

Menurut pelanggan itu, dia terpaksa menunggu lebih daripada dua jam untuk mendapatkan hidangan ikan gurami yang dipesannya.

Setelah makanan sampai, pelanggan itu sekali lagi berasa kecewa apabila mendapati lauk itu dihidangkan tidak seperti yang iklankan oleh pengusahanya.

Sumber: KopiPlanet.com

 

Sumber: kopiplanet

Memanglah tidak sama, apabila pengusaha hendak membuat promosi mesti gambar akan diambil dengan cantik oleh pihak jurugambar untuk menarik pelanggan dan juga strategi pemasaran.

Tetapi kritikan itu nampaknya tidak menyenangkan Nabila dan dia membalas kritikan tersebut dengan kenyataan yang kurang enak.

Rata-rata netizen menghentam balik Nabila supaya menerima kritikan dan memperbaiki perkhidmatan di gerainya itu.

Mungkin Nabila dalam proses untuk menambahbaik perkhidmatannya, netizen pun janganlah buat kecaman demi kecaman.

 

Makanan Lambat Sampai

Ada juga yang mengkritik makanan yang dipesan lambat sampai kepada pelanggan. Malah ada yang terpaksa tunggu sehingga dua jam untuk menjamu selera.

Netizen juga selar kenyataan Nabila kononnya netizen tidak boleh mengimpikan layan seperti di restoran mewah kerana ianya hanya gerai biasa.

Sumber: CARI Infonet

Kata netizen itu bukan alasan untuk netizen tidak mengkritik. Banyak gerai makan di tepi jalan serta warung yang mempunyai perkhidmatan yang bagus, walaupun kedai itu ramai orang.

Diharap pertikaian ini tidak diperbesar-besarkan lagi, mungkin kerana Nabila seorang selebriti dan dikenali mudah untuk netizen meleparkan kritikan kepadanya.

 

Nabila Mohon Maaf

Nabila bagaimanapun, memohon maaf atas kekurangan dari pihaknya. Malah, dia akan perbaiki kelemahan atau kekurangan tersebut.

Pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini juga enggan memanjangkan perkara terbabit.

Sumber:Diana Rashid

Kata Nabila, biasalah baru buka kedai, macam-macam kena buat dan orang ramai pula tidak perlu meletakkan harapan yang begitu tinggi sebab ia hanya warung sahaja.

Kalau restoran mewah dan besar itulah sepatutnya netizen mengadu, sebab kena bayar banyak cukai perkhidmatan. Gerai biasa ini macam itulah ada kekurangannya, asalkan makanan itu sedap, sudahlah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah netizen kritik makanan yang tidak sama dengan gambar iklan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN