Juara Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih sinonim dengan sapaan PU Syed telah memuat naik satu foto yang memaparkan senarai penceramah yang bakal ‘digam’ mulai 2019 oleh stesen televisyen dan radio di negara ini.

Sumber Suara TV

Kata PU Syed,nama dia disekat disebabkan membuat teguran kepada pihak kerajaan.

Baginya, apa yang salah akan ditegur, begitu juga dengan kerajaan lama. Tambahnya lagi, ini hanyalah dugaan kecil baginya.

Katanya, zaman Barisan Nasional dia sudah melalui saat ‘digam’ ini, namun tidak menyangka zaman pemerintahan Pakatan Harapan beliau perlu hadapinya juga.

Adakah Pakatan Harapan sudah menyekat kebebasan untuk bersuara? Mana hak rakyat untuk bersuara. Apa-apa pun diharapkan pihak kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dengan baik.

Sumber: IG PU Syed

Sepuluh penceramah berkenaan adalah Ahmad Dasuki, Kazim Elias, Samsul Debat, Dr Riduan Tee, Abdullah Khairi, Norhafizah Muda, Azhar Idrus, Zamihan Mat Zain, PU Amin dan PU Syed.

 

Dulu Tegur Kerajaan BN Tidak Dikenakan Tindakan

PU Syed berdepan suasana yang berbeza sekarang berbanding semasa BN menjadi kerajaan Malaysia.

Katanya, disebabkan teguran yang diberikan kepada Pakatan Harapan, penerbit program realiti Astro itu, mengeluarkan teguran kepadanya.

Menurutnya, dia diminta memperlahankan “teguran” yang dibuat ke atas kerajaan.

 

PU Syed Pernah ‘Tegur’ Mahathir Dan Anwar

Dia juga pernah menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi teguran yang sewajarnya kepada menteri-menterinya berkaitan isu operasi antikhalwat yang memetik temu bual akhbar The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Mujahid Yusof.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Selain itu, PU Syed turut pernah mengkritik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil pendekatan memakai pakaian dan penutup kepala dengan lambang agama semasa berkempen di kuil Hindu di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 September lalu.

 

 

Menteri Agama Nafi ‘Gam’ Penceramah Ini

Menteri agama Mujahid Yusof menafikan senarai pengharaman nama penceramah ke udara yang tular di media sosial semalam adalah daripada pejabatnya.

Sumber: The Star

Katanya, pejabatnya tidak mengamalkan sekatan terhadap penceramah tertentu hanya kerana tidak sebulu, sebaliknya lebih melihat tentang kandungan yang dibawa dalam ceramah atau kuliah.

Cuma yang ada selama ini, kerajaan menasihatikan penceramah yang hendak muncul di TV atau program di Malaysia, mesti mematuhi tiga teras yang diperjuangkan Pakatan Harapan.

Tiga prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip rahmatan lil alamin (Islam sebagai rahmat seluruh alam), maqasid syariah dan juga “modul Malaysia” yang menekankan realiti Malaysia tidak sama dengan negara-negara lain seperti Mesir dan Indonesia.

 

Cuba Tutup Periuk Nasi?

Apabila dibangkitkan dakwaan tentang senarai itu sebagai cubaan menutup periuk nasi penceramah berkaitan, Mujahid menjawab isu itu tidak sepatutnya timbul.

Sumber: Abu Leman

Katanya, apabila bercakap soal periuk nasi, maknanya penceramah ini menjaja agama untuk cari makan. Itu tidak betul.

Penceramah perlu menyampaikan ilmu, dan tidak timbul pihak kerajaan mahu ganggu periuk nasi orang. Agama tiada kaitan dengan periuk nasi.

Walaupun ada sesetengah ustaz yang memberikan pandangan yang tidak baik, kerajaan tidak pernah menyekat suara mereka.

 

Ada Pihak Baling Batu Sembunyi Tangan

Nampaknya isu ini tidak menjawab persoalan, bagaimana surat itu boleh disebarkan, ada pihak yang cuba membuat onar dalam isu ini.

Menguatkan lagi kenyataan ini kerana isu ketuanan melayu, islam sedang hebat diperkatakan dan penceramah ini juga hebat memperdebatkan isu ini, menolak ICERD dan sebagainya.

Bimbang ada pihak cuba baling batu sembunyi tangan untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sedang tegang ini.

Menteri agama sendiri sudah menafikan bukan pihak mereka mengeluarkan nama penceramah yang bakal ‘digam’ tahun depan.

Diharap ada siasatan dan penjelasan yang konkrit dan mengambil tahu bagaimana surat itu boleh dikeluarkan?

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pendapat anda tentang isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN